Thursday, September 12, 2019

Ini, Peluang Jadi Usahawan Belut..


Formula 8 tahun tauke belut


KEMEROSOTAN permintaan ikan keli di pasaran ekoran persaingan sengit memberi idea kepada seorang penternak, Zakaria Harun, 65, untuk berubah dan menjadikan belut sebagai ternakan utama.
Zakaria yang pernah bekerja dalam bidang pengurusan dengan syarikat minyak dan gas berkata, pada awalnya beliau mengusahakan pusat penternakan ikan keli dengan modal permulaan RM300,000 dan pernah mengeluarkan 17 tan metrik ikan keli sebulan pada 2012.
Bagaimanapun, permintaan keli semakin merosot akibat saingan harga yang tidak kompetitif di pasaran membuatnya nekad beralih kepada penternakan belut kerana mempunyai potensi besar di pasaran dunia berikutan permintaan tinggi untuk dijadikan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik di beberapa negara seperti Korea dan Jepun.
Lazimnya, belut yang dijual di pasaran tempatan adalah belut liar yang ditangkap di persekitaran paya, sawah atau kawasan berlumpur namun jumlah itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pasaran terutama di restoran yang menjadikan haiwan itu sebagai sajian utamanya.
ZAKARIA menunjukkan ternakan belut di dalam kolam untuk tujuan pembiakan.
Tanpa pendidikan formal dalam bidang akuakultur, Zakaria sanggup melakukan kajian sendiri secara trial and error (cuba dan silap) selama kira-kira lapan tahun untuk menghasilkan benih belut bagi tujuan ternakan secara komersial dalam skala besar.
“Ketika menternak keli, saya mempunyai 121 kolam takungan berukuran 10 dan 20 kaki. Jadi saya gunakan kolam sama untuk membuat kajian bagi menghasilkan benih belut sendiri.
“Saya membeli sembilan pasang belut untuk dijadikan induk pada 2012 dengan berat keseluruhan enam kilogram dengan kos RM132 dan sejak 2016 saya menghasilkan 300 kilogram belut untuk dijual di pasaran tempatan,” katanya di pusat ternakan belutnya di Kampung Kubang Puyu dekat Langkap di sini.
Zakaria berkata, kajian yang dilakukannya merangkumi pelbagai aspek seperti kualiti air, jenis tanah, makanan menggunakan formulasi sendiri serta teknik pembiakan yang berkesan untuk mendapatkan belut yang bersaiz besar, berisi pejal dan bebas daripada penyakit.
“Kejayaan saya menghasilkan benih belut itu akhirnya ‘membuka mata’ banyak pihak yang mula berkunjung ke pusat ternakan belut saya untuk mengikuti kursus intensif mengenai teknik yang betul untuk mengusahakannya secara komersial.
“Antara yang datang untuk berkursus di sini ialah pelajar Diploma Akuakultur Politeknik Jeli, Kelantan, pelajar dan pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Sains Malaysia serta individu yang mahu memulakan penternakan belut,” katanya.
Lebih menarik, formulasi makanan ikan yang dihasilkan Zakaria turut menerima sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketika ini, Zakaria menjual belut pada harga RM25 sekilogram untuk belut bersaiz bawah 300 gram, RM30 sekilogram untuk belut bersaiz 300 gram ke 500 gram dan RM40 untuk belut bersaiz 500 gram ke atas.
Kejayaan beliau dalam mengusahakan belut secara komersial turut menarik perhatian sebuah syarikat pelabur dari Kuala Lumpur yang ingin mengusahakan ternakan itu seluas 20 hektar di Sungai Tong di sini dengan sasaran 3,600 kolam takungan belut.
“Projek ternakan belut berskala besar itu dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dan mampu menjadi satu lagi tarikan akua pelancongan di Terengganu,” katanya yang turut mendapat sokongan Jabatan Perikanan dalam mengusahakan ternakan belut itu. (MyMetro)
TERNAKAN belut di Kampung Kubang Puyu dekat Langkap, Setiu.  
Ibnu Hasyim bergambar di Indonesia semasa membuat kajian mengenai penternakan belut.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada saya, sejauh kajian saya mengenai penternakan belut, sekarang waktu yang sesuai untuk diusahakan. Indonesia sekarang pengekport belut terbesar ke Jepun. Bahkan permintaan tinggi di musim dingin seperti di Jepun, China atau Korea. Antara khasiatnya, seperti khasiat tongkat ali di Malaysia.

Kepada pengusaha baru, yang ingin mengusahakan perkara-perkara ini perlu diambil perhatian..
  • Perlu pandai buat makanan belut sendiri dari bahan-bahan buangan di persekitaran. Modal makanan jadi percuma seperti amalan penternak-penternak di Tasik Malaya Indonesia.
  • Pembenihan boleh buat sendiri melalui tradisional atau makmal.
  • Penjualan lokal boleh dibuat sendiri atau dieksport.
Tulisan-tulisan di blog ini boleh membantu anda..

Sekian.

29 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum...

Unknown said...

Untuk pasaran bagi pencari belut liar di kawasan utara ada tak ?

Saya juga berminat untuk ternak belut tapi saya tinggal di utara semenanjung

Unknown said...

Assalamualaikum..saya ingin jual belut siapa yang harus saya hubungi

Unknown said...

Lokasi kat mane bossku

Unknown said...

no phone

Unknown said...

Saya berminat dalam perternakan belut boleh bantu saya.

Unknown said...

Saya berminat dalam perternakan belut boleh bantu saya.

Unknown said...

Saya mencari benih belut..dah 2bulan mencari..belum jumpa2 lagi..kalau ada kawan2 yang tahu tolong whatsapp saya ditil 01115161013

Unknown said...

Saya sedang mencari benih belut untk di ternak klu cpa2 yg tahu bolah wasap saya 0134193647 (fahmi)

Ibnu Hasyim said...


Mengenai pertanyaan ini..
Saya sedang mencari benih belut untk di ternak klu cpa2 yg tahu bolah wasap saya 0134193647 (fahmi)

Sila tel balik.. Ibnu Hasyim 011 33111321 (KL)

Unknown said...

Saya sedang mencari benih belut utk diternak...kalau ada whatapps saya 01161081474

Kopi Super Power said...

Salam kalau ada yg nk beli belut bole utk buat baka bole call sya 0195148027 hj salleh kuala ketil kedah..harga bole bincang

Ujang said...

salam en ibnu hasyim..boleh saya dapatkan no telefon en zakaria untk mendaptkan penjelasan mengenai penternakkan belut

Unknown said...

Mcm mn nk dptkan benih belut.. Hubungi saya

Unknown said...

Saya pum sedang mencari anak benih belut jgk

Unknown said...

salam tuan saya tinggal di kelantan saya berminat nak ternak belut...tuan ada buat krusus ke...kalau ada boleh saya join..

Zul helmy said...

Hubungi saya 0129110467

Unknown said...

Mencari benih belut .. kalau ade boleh whatsap sy 01163704644

Areeq said...

Mencari benih Belut dan no Hp tuan Zakaria. Tlg hubungi sy di wassep 01133083665

Areeq said...

Mencari benih Belut dan no Hp tuan Zakaria. Tlg hubungi sy di wassep 01133083665

Areeq said...

Mencari benih Belut dan no Hp tuan Zakaria. Tlg hubungi sy di wassep 01133083665

Unknown said...

ingin menghadhiri kursus belut..call saya 0192195115

Anonymous said...

saya ingin menghadiri kursus menternak belut. hubungi saya 0197114179

Anonymous said...

Salam.. ada yg buat kursus utk ternak belut sy berminat nk join @ cara2 dptkn benih belut blh hubungi sy..017-7884248

Anonymous said...

Assalamualaikum dekat mana nak jual belut liar ada yg nak beli tak..?

Nho said...

saya berhasrat nak beli benih belut, nak mula menternak dalam tong hitam...mohon bantu kat mana boleh dapat benih

Nho said...
This comment has been removed by the author.
Nho said...

saya berhasrat nak beli benih belut, nak mula menternak dalam tong hitam...mohon bantu kat mana boleh dapat benih..wasap 0192409556

Anonymous said...

Bolih saya dapatkan benih belut wasap saya 0137671267

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails