Menerusi hantaran dalam laman Facebook rasminya, Abdul Hadi berkata, aktiviti menjala dan memancing ikan merupakan suatu kelaziman bagi individu yang tinggal di kawasan pantai sepertinya.
“Adat orang berumah tepi pantai, menjala dan memancing menjadi hobi.
“Adat orang berpolitik, perjuangan untuk rakyat bukan untuk diri sendiri,” katanya.
Setakat pukul 5 petang ini, hantaran itu telah mendapat lebih 10,000 tanda suka, 400 komen dan hampir 900 perkongsian.
Rata-rata warganet mendoakan agar Abdul Hadi dipanjangkan usia di samping diberikan kesihatan baik dan kekuatan untuk terus memimpin Ummah.
Bagi Norberkat Rezeki, walaupun kata-kata yang diluahkan Ahli Parlimen Marang itu sangat ringkas tetapi menusuk kalbu jika dihadam sebaiknya.
Hanani Hamid pula berkata, adat ulama yang hanya takutkan Allah tidak akan berundur walaupun dihina dan dikeji sebaliknya terus melangkah mengharapkan reda Ilahi kerana yakin dengan janji Allah yang Maha mengadili. - UTUSAN ONLINE
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)