Tuesday, April 16, 2019

Tak Mampu Bekalkan Air Bersih, Bila Ada Yang Bantu Dilarang.. PH Kedah Dah Sasau Kot..?


Kerajaan PH Kedah takut bayang-bayang
ALOR SETAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah dianggap takut bayang-bayang sendiri apabila mengarahkan lori menghantar air tajaan wakil rakyat PAS menghentikan operasi.
Ketua Pembangkang Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, tindakan itu tidak melambangkan sikap kemanusiaan terhadap penduduk yang berdepan dengan kesukaran mendapatkan bekalan air.
"Awalnya diarah agar lambang bulan diturunkan, hari kedua pemandu lori menurunkan lambang tetapi tidak sampai separuh hari operasi itu diarah diberhentikan," katanya pada sidang media sempena persidangan Dun hari ini.
Lori yang mengangkut air tajaan wakil rakyat PAS sebelum ini membekalkan air kepada penduduk di beberapa kampung di Dun Tanjung Dawai.
Sumber air dan tangki yang digunakan dipinjam daripada Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan dibiayai Sekretariat Adun dan Wakil Rakyat PAS Kedah.
Sanusi yang juga Adun Jeneri berkata, tindakan kerajaan PH tersebut dianggap tidak matang.
“Penduduk yang mengalami masalah air tidak mengira bantuan datang dari siapa sebaliknya mengharapkan kesusahan mereka dibantu dan diambil peduli,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/4/2010

Komen Weblog Ibnu HasyimTak mampu bekalkan air bersih, bila ada yang bantu bekalkan, mereka larang pula.. PH Kedah dah sasau kot, bukan gila bayang lagi..

Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

......lalu diSERET MELALUI MUKANYA , DIHUMBANKAN KE NERAKA!

Tolong bagi air mengharapkan sanjungan, dan habuan dunia! Akhirat, tu..... kat neraka!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails