Friday, April 19, 2019

Henti Seketika Urusniaga Di Pasar Malam. Mngapa? -ADUN Pahang.



KUANTAN: Kerajaan Pahang dicadangkan mengikut langkah kerajaan Kelantan dan Terengganu menghentikan seketika aktiviti perniagaan di pasar malam ketika solat Maghrib.
Ustaz Rosli Abdul Jabar (PAS-Tanjung Lumpur) berkata, langkah itu membolehkan peniaga dan orang ramai berhenti seketika untuk menunaikan solat.
Katanya, pihak berkuasa tempatan perlu memyediakan ruang solat yang sesuai di tapak pasar malam yang belum mempunyai kemudahan musala.
“Inisiatif yang dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu alhamdulillah saya difahamkan berjalan lancar sehingga sekarang,” katanya ketika membahas ucapan menjunjung Titah Diraja pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang di Wisma Sri Pahang semalam.
Peraturan menghentikan seketika urusniaga di pasar malam di Kelantan dilaksanakan sejak lebih 20 tahun.
Malah wakil rakyat juga ada ketikanya hadir dan mengimamkan solat Maghrib bersama orang ramai di tapak pasar malam. - HARAKAHDAILY 19/4/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa perlu menghentikan seketika aktiviti perniagaan di pasar malam ketika solat Maghrib?
Pasar Malam Terengganu
I. Bagaimana Terengganu memulakan tahun lalu?

Umum sedia maklum, tempoh waktu untuk menunaikan solat Maghrib adalah singkat jika dibandingkan dengan yang lain. Sering kali para peniaga terutamanya pasar malam menghadapi kesulitan kerana pada waktu-waktu sebegini merupakan kemuncak kehadiran pelanggan.

Oleh itu, kerajaan negeri Terengganu mengambil inisiatif dengan bercadang untuk memperluaskan kempen berhenti rehat untuk menunaikan solat Maghrib selama 15 minit. Kempen rehat 5 minit sebelum dan 10 minit selepas azan Maghrib ini bertujuan untuk memastikan kewajipan sebagai umat Islam ini dapat ditunaikan oleh semua peniaga pasar malam Terengganu.
II. Wajar seruan ini, kerana solat itu tiang atas asas agama.

Takhruz hadis solat tiang agama, terjemah dari An-Nafilah fii Ahaadits Adh-Dhoifah karya Syaikh Abu Ishaq Al Huwainy.

Diriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda:
الصَّلاةُ عِمادُ الدِّينِ ، مَنْ أقَامَها فَقدْ أقَامَ الدِّينَ ، وَمنْ هَدمَها فَقَد هَدَمَ الدِّينَ
  • “Sholat Adalah Tiang Agama, barangsiapa yang menegakkannya, maka ia telah menegakkan agamanya dan barangsiapa yang merobohkannya, berarti ia telah merobohkan agamanya”.

Takhrij Hadits:
As-Syaikh berkata : “aku tidak mendapati matan hadits yang lengkap seperti ini. Hadits ini masyhur dikalangan manusia dengan bentuk kalimat seperti ini, biasanya sering disampaikan oleh para pemberi nasehat. Aku hanya menemukan awal lafadz hadits ini, yaitu “Sholat adalah tiang agama”.
Lafadz seperti ini dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam “Syu’abul Iman” dengan sanad lemah dari Ikrimah dari Umar secara Marfu’. lalu Imam Baihaqi menukil perkataan gurunya Imam Hakim yang berkata: “Ikrimah tidak pernah mendengar Umar”. (demikian yang ternukil dalam “Al-Maqoshid” hal. 632).

Imam Ibnu Sholah dalam “Misykalul Wasith” berkata : “tidak ma’ruf”. Sedangkan Imam Nawawi dalam “At-Tanqiih” berkata: “Mungkar dan Bathil”. 

Namun Al Hafidz Ibnu Hajar dalam “At-Talkhiish” (1/173) menyanggah dan berkata: “itu tidak tepat, bahkan lafadz ini (Sholat adalah Tiang Agama) telah diriwayatkan oleh Imam Abu Nu’aim gurunya Imam Bukhori dalam “Kitabush Sholat” dari Habiib bin Saliim dari Bilaal bin Yahya ia berkata, seorang lelaki mendatangi Nabi lalu bertanya kepada Beliau, kemudian dijawab oleh Nabi: “Sholat adalah Tiang Agama”. Kata Al Hafidz : “ini hadits Mursal, semua perowinya tsiqoh”.

Aku (Syaikh Abu Ishaq) berkata: “demikian menurut beliau, namun ini adalah terlalu longgar, karena Habiib bin Saliim, Imam Bukhori telah menulis biografinya dalam “Al Kabiir” (1/2/319) dan Imam Abu Hatim dalam “Al-Jarh wat-Ta’dil” (1/2/102), mereka berdua tidak menyebut Jarh dan juga Ta’dil kepadanya, sehingga Habiib ini adalah Majhul Hal, sekalipun ia mendapatkan tautsiq dari Imam Ibnu Hibban. 

Al Hafidz sendiri dalam kitabnya “At-Taqriib” memberinya penilaian “Maqbuul” yang artinya rowi ini hanya dijadikan sebagai Mutaba’ah (penguat) untuk yang lainnya, jika bersendirian maka ia Layyin (lunak) haditsnya. Imam Tirmidzi (no. 986) telah menghasankan haditsnya Habiib yang merupakan hadits lemah tentang larangan An-Na’yi (meratap) dalam Kitab Al Janaiz”.

Makna lafadz hadits (Sholat adalah Tiang Agama) dikuatkan dengan riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Tirmidzi (no. 2616), Imam Ibnu Majah (no. 3973) dan Imam Ahmad (5/231, 237) dari hadits Muadz bin Jabal dimana Nabi bersabda:
رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ
“Pucuk urusan adalah Islam, Tiangnya adalah Sholat dan punuknya adalah Jihad”.

Imam Tirmidzi berkata : “Hadits Hasan Shahih”. Aku (Syaikh) berkata : “ini adalah hadits Hasan sebagaimana telah aku tahqiq dalam “Takhrij Kitab Ash-Shomtu” karya Imam Ibnu Abid Dunya (no. 6)”.

Sekian, wallahu 'aklam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails