KUALA LUMPUR 19 April - Afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara mengatakan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim bukan akibat dipukul disifatkan sebagai tindakan tidak masuk akal dilakukan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.
Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Burhanuddin Ruslan malah menegaskan langkah berkenaan seolah-olah menidakkan hak pembelaan dan keadilan kepada seorang anggota bomba yang telah terkorban ketika menjalankan tugas serta amanah negara.
Apatah lagi kata Burhanuddin, afidavit tersebut difailkan ketika proses inkues melibatkan kes Muhammad Adib masih berjalan dan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.
“Sehubungan itu, Wira Perkasa menyokong gesaan yang dibuat Gerakan Pembela Ummah (Ummah) supaya Tommy menarik balik afidavit yang menyatakan bahawa kecederaan dialami Muhammad Adib sehingga membawa kepada kematian bukan disebabkan dipukul perusuh.
“Tindakan ini juga dianggap tidak wajar dan bercanggah dengan prinsip undang-undang apabila afidavit diumumkan sebelum selesai inkues,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Isnin lalu, portal berita Free Malaysia Today melaporkan Jawatankuasa Bertindak Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield telah menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner yang menolak permohonan untuk menjadi pemerhati dalam inkues kematian Adib.
Peguam. M. Visvanathan yang mewakili jawatankuasa itu berkata, anak guamnya menarik balik rayuan itu berdasarkan afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara pada 3 April lalu.
Menurut Visvanathan, afidavit itu yang disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah menyatakan kematian Adib bukan akibat dipukul oleh mana-mana orang. - UTUSAN ONLINE
3 comments:
Rakyat menyarankan satu badan siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat tindak tanduk dan salah laku Tomy Thomas yang dilihat berat sebelah dan tidak berlaku adil dalam banyak pekara.
Rakyat juga masih tertunggu2 tindakkan seterusnya oleh pihak SPRM dalam menyiasat kes rasuah terowong PP oleh LGE. Adakah SPRM melindungi PERASUAH2 yang kini sudah menjadi kera jaan?
Sapa kata tommy tak adil. Adil sangat. Kes guan eng diselamatkan. Kes Adib pun adil jugak. Bangsa bukan melayu dibela. Bangsa melayu dibahankan utk selamatkan kelompok tertentu. Ini keadilan dari perspektif en tommy. Keadilan harus diberikan definisi yang baru sesuai dengan pemerintahan sekarang.
Post a Comment