Tuesday, April 16, 2019

PH Kedah Bekal Air Bersh Pelbagai Warna. Ha Ha Ha!



Air dibekal ada pelbagai warna
ALOR SETAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah diminta menangani segera krisis air yang begitu kronik berlaku di Dun Tanjung Dawai dan daerah Merbok.
Ustaz Hanif Ghazali (PAS-Tanjung Dawai) berkata, krisis air di kawasan terbabit mengundang pelbagai masalah kepada pengguna.
Malah kata beliau ada ketikanya bekalan air yang diperolehi ada pelbagai warna yang menggambarkan air tersebut tidak dirawat sebelum dihantar kepada pengguna.
"Walau pun sekarang masalah tersebut ada pengurangan namun saya berharap agar dapat diselesaikan segera," ujar beliau pada persidangan Dun hari ini.
Adun Tanjung Dawai juga mempersoalkan mengapa tender penyelenggaraan yang dikeluarkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) pada 11 Mac lalu ditundakan sedangkan penduduk berdepan masalah bekalan air. - HARAKAHDAILY 15/4/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setelah berita ini tersebar, ramai yang ketawakan kerajaan baru PH. "Ha ha ha!"
Lihat..

6 comments:

kiedentech said...

macam pernah dengar jer, kat mana yer.......

Anonymous said...

Dulu bersih, skrg pulak jd mcm ni di situ. Takkan air pun nak kencing.

Anonymous said...

Kat DUN Pas la tu, mana lagi. Memang patut pon............sejak zaman kodok ijo perintah dulu tak siap siap, kah kah kah kah, kodok ijau mme suka air warna warni , senanh menyamar, ha ha ha ha ha.......

Anonymous said...

Busuk hati betul. Bila kat pas, mulalah ph buat dajjal. Bab air pun jadi bahan. Kerajaan ph negeri kedah pun maintain fitnah terhadap pas.
Tak pe. Nanti rakyat kedah semua pakat2 tolak ph, buat u turn. Kalau tidak rakyat kedah diasuh dgn fitnah oleh kjaan ph.

Anonymous said...

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah dianggap takut bayang-bayang sendiri apabila mengarahkan lori menghantar air tajaan wakil rakyat PAS menghentikan operasi.
Ketua Pembangkang Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, tindakan itu tidak melambangkan sikap kemanusiaan terhadap penduduk yang berdepan dengan kesukaran mendapatkan bekalan air.
"Awalnya diarah agar lambang bulan diturunkan, hari kedua pemandu lori menurunkan lambang tetapi tidak sampai separuh hari operasi itu diarah diberhentikan," katanya pada sidang media sempena persidangan Dun hari ini.
Lori yang mengangkut air tajaan wakil rakyat PAS sebelum ini membekalkan air kepada penduduk di beberapa kampung di Dun Tanjung Dawai.

Anonymous said...

Membekal air kepada rakyat adalah salah satu kewajipan... diulang... "WAJIB" keatas pemerintah kepada rakyat. Cuba buka kitab. Tgk balik apa, tanggunjawab wajib pemerintah kepada rakyat. Salah satunya menyediakan air keperluan. Boleh charge, tapi setakat kos menyelenggara sahaja. Air itu sendiri yg turun dari langit, tidak boleh dicharge.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails