Sunday, March 03, 2019

PRK Semeyeh: PH Tertenyeh BN Tersongeh. Keputusan Rasmi: BN19,780 PH 17,866

BN berjaya rampas semula kerusi DUN Semenyih
Zakaria terima mandat pengundi di Semenyih. - Astro AWANI/Shahir Omar

SEMENYIH: Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi tradisinya di Semenyih apabila calonnya Zakaria Hanafi mendapat 19,780 undian.

Zakaria berjaya mendapat 1,914 undi majoriti mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) yang mendapat sebanyak 17,866 undian dalam pertarungan sengit itu.

Dua lagi calon, Kuan Chee Heng (Bebas) sekadar meraih 725 undi manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul menerima 847 undi.


Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Semenyih, Datuk Mohd Sayuthi Bakar di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada Sabtu.

“Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Zakaria Hanafi dariapda Barisan Nasional telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi bahagian negeri N24 Semenyih,” katanya.


Menurut Sayuthi, jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK Semenyih meningkat kepada 73.24% berbanding beberapa PRK yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57 tahun, yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Hulu Langat pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Bakhtiar memenangi kerusi DUN Semenyih dengan 8,964 undi majoriti mengalahkan tiga calon lain daripada BN, PAS dan PSM.

Sebelum itu, Semenyih merupakan kubu kuat BN sejak kerusi itu pertama kali dipertandingkan pada 1959. (AA)

5 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...

Kalau betul majoriti 2k bermakna lebih 4k pengundi yang undi ph pada pru aritu yang swing. Tandanya Penyatuan Ummah berjaya

Anonymous said...

Biar org semeyah dapat habut. They want nothing, they get nothing

Anonymous said...

Wah barua dedak roket 11:01 kecewa dan menanggis tergolek-golek kerana PAS dan BN-UMNO berjaya menyatukan umat Islam menentang pakatan pimpinan abang besar kafir harbi roket.

Komen 11:01 membuktikan barua dedak roket tidak pernah menghormati prinsip demokrasi dan hak rakyat.

Ini membuktikan umat Islam sudah bosan dengan sikap hipokrit pakatan menyebabkan mereka menyokong kerjasama BN UMNO-PAS untuk kebaikan agama Islam dan umat Islam. Bacaan Talkin untuk pakatan dalam PRU yang akan datang!!!

Anonymous said...

Tahniah dan Syabas kepada umat Islam Semenyih kerana bersatu padu menyokong dan mengundi BN-UMNO dan menyokong dan mengiktiraf kerjasama PAS-UMNO demi masa depan Islam dan umat Islam dan menolak pakatan liberal-kafir harbi yang bersikap negatif terhadap Islam dan umat Islam. Perpaduan umat Islam akan melingkupkan pakatan !

Inilah tanda-tanda pakatan akan kalah dalam PRK berikutnya dan PRU !

Anonymous said...


Keputusan Rasmi: BN19,780 PH 17,866 membuktikan umat Islam yang telah menyokong pakatan dalam PRU14 telah meninggalkan pakatan dan mengundi BN-UMNO yang disokong oleh PAS !!! Ini juga telah membuktikan bahawa umat Islam telah mula sedar bahawa Islam dan hak umat Islam sedang diancam oleh puak liberal dan puak kafir harbi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails