Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan juga menganggap kenyataan DAP itu sekali gus mengesahkan DAP sebagai sebuah parti yang bersikap cauvinis dan tidak demokratik, walaupun nama DAP diterjemahkan sebagai ‘Parti Tindakan Demokratik’.
Katanya, Guan Eng sepatutnya melihat penyatuan ummah yang dipelopori Pas dan UMNO sebagai suatu langkah positif ke arah perpaduan masyarakat demi kebaikan negara selepas berpecah lebih 60 tahun lalu.
“Sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang telah lama wujud, Guan Eng sepatutnya mengambil langkah yang sama untuk menyatukan masyarakat bukan Melayu terutamanya kaum Cina untuk kepentingan negara, bukannya mengapi-apikan perkauman sempit yang boleh ‘membakar’ negara.
“Pas melihat kenyataan Guan Eng itu amat merbahaya kepada keharmonian, perpaduan dan semua sistem yang ada dalam negara ini. Justeru, saya menyeru seluruh rakyat yang cintakan keamanan dan kerukunan agar membuat laporan polis terhadap Guan Eng kerana menghasut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Portal berita MalaysiaKini semalam memetik kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama UMNO dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu.
Walau bagaimanapun, Guan Eng selepas itu telah mengubah kenyataannya dengan frasa ‘pengisytiharan perang’ ditukar kepada ‘menyasarkan’. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim“Pas melihat kenyataan Guan Eng itu amat merbahaya kepada keharmonian, perpaduan dan semua sistem yang ada dalam negara ini. Justeru, saya menyeru seluruh rakyat yang cintakan keamanan dan kerukunan agar membuat laporan polis terhadap Guan Eng kerana menghasut,” kata Setiausaha Agung PAS dalam kenyataan hari ini.
Weblog Ibnu Hasyim sokong kenyataan tersebut. Apakah perlu disusuli dengan 'demontrasi aman' dari rakyat, NGO atau lain-lain?