Monday, March 04, 2019

Kisah Mami Rekrut Gadis Parti Liar. Tahniah MyMetro, K'jaan PH Buat Apa?


Antara gadis-gadis yang disebutkan..

TERTARIK kepada pendedahan MyMetro sebentar tadi.. Tahniah!
Begini bunyinya...

'Mami' rekrut gadis parti liar.

MEREKA terdiri daripada golongan bermasalah yang mempunyai kisah hitam tersendiri sejak remaja termasuk ada antaranya sudah hamil sejak usia belasan tahun ketika masih di bangku sekolah.
Disebabkan masalah itu, mereka tercicir dalam pelajaran dan terpaksa berkahwin awal ketika remaja seusia lain bertungkus-lumus mentelaah pelajaran.
Lebih malang lagi, perkahwinan hanya mahu menutup malu keluarga itu selalunya berakhir dengan perceraian dan selepas diceraikan, mereka terpaksa pula menjaga bayi dilahirkan.
Disebabkan itu, mereka tidak mempunyai pekerjaan dan terpaksa mencari pendapatan dengan bekerja sebagai juruwang atau apa saja pekerjaan yang boleh dilakukan bersesuaian dengan kelayakan untuk mendapatkan wang.

Namun, di sebalik kesusahan terpaksa ditanggung, ada individu mengintai dan memberi peluang kepada mereka untuk mencari wang mudah dengan menawarkan khidmat sebagai ‘gadis parti liar’.
Individu terbabit bertindak sebagai ‘mami’ akan merekrut golongan gadis bermasalah ini untuk dijadikan sebagai peneman lelaki hidung belang yang menganjurkan parti liar di kondominium mewah atau hotel dengan mengenakan bayaran mencecah RM150 hingga RM300.
Buat permulaan, Mami akan mengeluarkan modal membeli pakaian cantik dan alat solek sebelum memberikan gambar kepada penganjur pesta liar yang selalunya hanya dihebah dalam kumpulan di media sosial terutama WeChat dan BeeTalk.
Selepas bersetuju, gadis ini akan dibekalkan kepada penganjur parti liar dengan harga tertentu bergantung kepada kecantikan masing-masing.
Sebelum itu, Mami juga akan memperturunkan ilmu kepada gadis parti liar ini untuk mencari individu berpoket tebal supaya kehidupan mereka terjamin.
Gadis terbabit diajar supaya mengikis wang lelaki yang menganjurkan parti liar dengan menggunakan kecantikan dan keseksian tubuh mereka untuk mencipta cinta palsu.
Selepas terjerat dengan cinta palsu, mereka akan mengikis wang lelaki berkenaan dan kemudian akan meninggalkan lelaki hidung belang ini sekiranya menemui mangsa terbaru.
Seorang gadis parti liar yang hanya mahu dikenali sebagai Yuni, 19, mengakui terjebak dengan kehidupan bebas dan bertukar pasangan melakukan seks selepas dirinya dinoda teman lelaki ketika berusia 15 tahun.
Berkongsi pengalamannya, Yuni berkata, dirinya disahkan hamil ketika masih belajar di tingkatan tiga selepas melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya.
Selepas diketahui keluarga, dia dipaksa berkahwin dengan teman lelaki kerana mahu menutup malu dan perkahwinan mereka hanya bertahan sejurus selepas bayi mereka dilahirkan.
“Selepas bercerai, saya terpaksa bekerja untuk menjaga dan membeli keperluan bayi kerana untuk bergantung kepada keluarga juga tidak boleh disebabkan kami hidup miskin.
“Malah, bapa dan abang adalah penagih dadah hingga membuatkan saya terpaksa bekerja keras mencari sesuap nasi demi anak,” katanya.
Yuni berkata, dia bekerja sebagai juruwang di pasar raya, namun gaji diterima sentiasa tidak mencukupi kerana terpaksa membeli barang keperluan rumah lain.
“Selepas beberapa bulan bekerja, saya diperkenalkan seorang rakan kepada Mami yang kemudian memuji kecantikan dan mula mempengaruhi saya untuk menjadi gadis parti liar.
“Melihatkan tawaran diberikan dengan kerja mudah yang perlu dibuat iaitu melayan lelaki di parti liar, saya akhirnya bersetuju untuk ‘bekerja sambilan’ dengannya,” katanya.
Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh gadis sepertinya adalah melayan lelaki yang berada di parti liar terutama yang berpoket tebal.
“Tugas kami hanya mengambil dadah dan menemani lelaki ini goyang kepala dan kemudian akan diakhiri dengan hubungan seks sama ada dalam tandas atau bilik,” katanya.
SUKAR DIKESAN PIHAK BERKUASA
Golongan gadis parti liar dikatakan licik kerana mereka mengatur pertemuan hanya dengan menggunakan media sosial untuk menjalankan aktiviti di hotel atau rumah inap.
Aktiviti mereka juga sukar dikesan pihak berkuasa kerana golongan berkenaan selalunya akan berurusan terus dengan kelompok mereka saja dalam kumpulan WeChat atau BeeTalk.
Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Maidu Abu Bakar berkata, pergerakan kumpulan ini memang sukar dikesan kerana mereka licik mengatur pertemuan di lokasi tertentu terutama di kawasan persendirian.
“Memang golongan ini akan menganjurkan parti liar hotel atau inap desa dan mereka hanya berkomunikasi sesama sendiri menggunakan media sosial.
“Tahun lalu, kita melakukan dua serbuan berhubung kes penganjuran parti liar di negeri ini dengan menahan remaja lelaki dan perempuan yang mengambil dadah ketika berparti dan sudah dituduh di mahkamah,” katanya.
Menurutnya, walaupun kes parti liar terpencil, namun pihaknya tetap melakukan operasi dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengelak pembabitan remaja dalam penyalahgunaan dadah.
“Kita harap orang ramai yang mempunyai maklumat dapat memberi kerjasama dengan menghubungi polis sekiranya ada parti liar dianjurkan di kawasan mereka.
“Selain risikan polis, maklumat awam amat diperlukan supaya kegiatan seperti ini dapat dibendung,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mac 2019 @ 9:00 AM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, masalah rakyat, kita sama-sama lihat kerajaan baru PH buat apa lepas ni? 

6 comments:

ikan said...

buat bohong syarie...

Anonymous said...

Hinanya si kacang merah busuk penjilat juboq gian eng..
Terpaksa komen, kalau tidak soro miss. Ha ha ha. Nasib baik Ibnu bagi peluang.. dasar pecacai..

Anonymous said...

Relax tuan ibnu. Nak lawan maki memang kita kalah. Depa champion. Well trained. Jadi better kita coooool. Ada fakta kita tebar itu jer.

Kita anggap je makian tu sebagai tanda aras. Makin teruk makian mereka, maka kita tahu relaitinya keadaan politik mereka semakin worse.

Anonymous said...

Adekah di kelantan pas berjaya sekat gejala sosial?....budak sekolah main dlm semak dikelantan

Anonymous said...

Biasalah. Juara fitnah dan maki ph no wahid. W/pun tiada bukti masih lagi ungkit kisah itu. Itu tarbiah drpd ust dap kpd islam liberal.

Anonymous said...

Budak2 melayu main dalam semak bukan di kelantan sahaja. Negeri lain pun ada kes sama. Ibubapa melayu yg gagal bukan orang kelantan sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails