Pandangan itu disuarakan oleh Ketua Pemuda Pas Perak, Akmal Kamarudin yang menyatakan bahawa dengan 27 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki BN dan Pas dengan tiga kerusi DUN sudah melengkapkan barisan pentadbiran kerajaan negeri tersebut.
Beliau berkata, sekiranya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN tidak keluar parti sudah pasti kerajaan negeri sudah ditadbir oleh gabungan tersebut.

“Pada awalnya Pas tidak membuat apa-apa keputusan untuk bergabung dengan BN sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), berdasarkan kepada pengalaman lalu sewaktu Datuk Muhammad Asri memimpin, selain Pas telah melawan BN sekian lama dalam memperjuangkan prinsip Islam.
“Setelah PRU- 14 berlalu, Pas telah melihat ahli BN melalui kehidupan sebagai wakil rakyat pembangkang yang cemerlang, seperti mana Pas telah lalui sebelum ini,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kerajaan Negeri Perak hari ini ditadbir oleh PH yang mempunyai sebanyak 29 kerusi. – UTUSAN ONLINE