Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini memuat naik gambar Abdul Hadi dengan seseorang dipercayai sebagai Datuk Seri Rameli Musa dalam blognya, yang dilihat bertujuan membuktikan siapakah Rameli yang didakwa merupakan individu membayar kepada pihak Sarawak Report, bagi menyelesaikan kes saman itu di luar mahkamah.
Berdasarkan penulisan beliau, Rafizi menganggap Rameli adalah orang yang rapat dengan Abdul Hadi, dan dilaporkan sering ke rumah menantu presiden Pas itu.
"Secara umumnya, kami kenali beliau (Rameli) dari jauh dan hormati beliau sebagai penyokong Pas yang ada perniagaan besar (maka keperluan beliau untuk juga dilihat kekal rapat dengan sesetengah pimpinan UMNO).
"Pada pandangan kami, beliau dikenali sebagai bekas aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan ahli perniagaan yang menyokong gagasan Unity Government, iaitu menyatukan UMNO dan Pas sejak dari tahun 2008 lagi.
"Laporan-laporan daripada laman rasmi PAS sendiri menyebut bagaimana beliau mengiringi Abdul Hadi dalam beberapa program, malah disertai dengan gambar-gambar bersama," katanya dalam blognya, rafiziramli.com hari ini.
Nama Rameli timbul sejak semalam apabila dikatakan beliau adalah pemilik cek dan akaun yang membayar RM1.4 juta kepada peguam Sarawak Report berdasarkan semakan yang dibuat pelbagai pihak.
Rameli kemudian didakwa sebagai rakan rapat Anwar kerana kedua-dua mereka pernah berada di ABIM dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), sekali gus menimbulkan spekulasi kononnya berkomplot dengan Anwar untuk menjejaskan Abdul Hadi.
Rafizi juga berkata, Rameli memang seorang niagawan Melayu dan tiada apa yang pelik tentang lantikan beliau sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
"Ia menunjukkan betapa terbuka dan profesionalnya kerajaan PH yang tidak menghukum seseorang atas pegangan politik, sehingga rakan karib Presiden Pas pun dilantik sebagai ketua syarikat milik kerajaan (GLC) yang besar," ujarnya.-UTUSAN ONLINE
Komen Weblog IbnuHasyimGambar Rafizi, Abdul Hadi, Rameli? Apakah api fitnah baru Anwar mula membara? Ikuti seterusnya.
Lihat terus..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir