Monday, March 04, 2019

Atlet M'sia Di Bawah PH Masih 'Berpakaian Tetapi Tlanjang'.

Siri Dunia Terjun FINA: Pandelela terlepas aksi final
SUKAN

Siri Dunia Terjun FINA: Pandelela terlepas aksi final
SKUAD terjun negara gagal menyerlah pada hari kedua Siri Dunia Terjun FINA di Sagamihara, Jepun.

Ratu terjun negara Pandelela Rinong, gagal menempah tiket ke final apabila menamatkan kedudukan di tangga keempat, peringkat separuh akhir acara 10m platform individu wanita.

Pada kejohanan yang berlangsung di Sagamohara Green Pool, Pandelela yang pada awalnya menghuni kedudukan kedua selepas terjunan keempat dan menambah 65.60 mata pada terjunan kelima, bagaimanapun gagal bertahan selepas melakukan sedikit kesilapan di terjunan terakhir dengan mengutip 349.85 mata.

"Prestasi konsisten, cuma tiada nasib hari ini.

"Dan untuk pertama kalinya dalam masa beberapa tahun, saya bertanding tanpa rasa sakit dan tanpa pita kinesio pada badan saya, jadi saya rasa baik," katanya.

Sementara itu, gandingan Hanis Nazirul Jaya Surya-Leong Mun Yee terpaksa berpuas hati selepas menamatkan saingan di tempat kelima dalam acara 10m platform seirama campuran dengan mengumpul 311.10 mata.

Pasangan negara itu bermula dengan baik di kedudukan kedua dengan 105.60 mata selepas dua terjunan awal, bagaimanapun kemudiannya dipintas gandingan Russia Nikita Shleikher-Iuliia Timoshinina, pada terjunan ketiga.

Skuad terjun negara akan meneruskan saingan menerusi Nur Dhabitah Sabri-Muhammad Syafiq Puteh, dalam acara 3m papan anjal seirama campuran esok.
-- BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimAtlet M'sia di bawah kerajaan PH masih mengekalkan, 'Berpakaian Tetapi Tlanjang'.

Rasulullah SAW bersabda,
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَ
“Ada dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat, satu kaum yang selalu bersama cambuk bagaikan ekor-ekor sapi, dengannya mereka memukul manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang. 
Mereka berjalan dengan melenggak-lenggok menimbulkan fitnah (godaan). Kepala-kepala mereka seperti punuk-punuk unta yang miring. Mereka tidak masuk ke dalam syurga. Dan mereka tidak mencium baunya. Dan sungguh bau surga itu bisa tercium dari jarak demikian dan demikian”. [HR. Muslim dari Sahabat yang mulia Abu Hurairah radhiyallahu’anhu]
Ringkasan Penjelasan Makna “Wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang”:
  1. Hanya menutupi sebagian tubuhnya dan menyingkap yang lainnya agar terlihat kecantikannya, kemolekannya, dan yang semisalnya
  2. Mengenakan pakaian yang tipis, tembus pandang
  3. Mengajarkan perbutan mereka kepada orang lain
  4. Tampil modis di depan umum, bergaya dalam berjalan
  5. Mengikuti mode rambut wanita-wanita nakal
  6. Kepala-kepala mereka menonjol dengan hiasan-hiasan seperti punuk unta
  7. Berpakaian nikmat Allah, tapi telanjang dari kesyukuran [Syarh Shahih Muslim lin Nawawi rahimahullah, 14/110]
  8. Menyambung rambut dengan rambut palsu [Fathul Bari, 10/375]
  9. Berpakaian di dunia, telanjang di akhirat [Syarhul Bukhari libni Batthol rahimahullah, 3/117]
  10. Pakaian ketat [Syarhul Muntaqo lil Baaji rahimahullah, 4/308]
  11. Berpaling dari kebenaran dan derhaka kepada suami [Al-Istidzkar libni Abdil Barr rahimahullah, 9/283]
  12. Menggoda kaum lelaki dan tidak menundukkan pandangan [Syarhus Sunnah lil Baghawi rahimahullah, 10/272]
  13. 13) Menutup bagian atas, bawah terbuka [Gharibul Hadits libnil Jauzi rahimahullah, 2/290]
  14. Tertawa dengan keras hingga terdengar oleh kaum pria bahkan tertawa bersama kaum pria [Syarhu Riyadhis Shalihin libnil ‘Utsaimin rahimahullah]
  15. Fitnah (cobaan) berpakaian tapi telanjang lebih dahsyat dibanding benar-benar telanjang, sebab nafsu akan menuntut untuk melihat lebih dari itu [Syarhut Tirmidzi lisy Syinqithi rahimahullah]
Sekian.

11 comments:

Anonymous said...

Pemain bola kelantan dah tutup aurat ker?...

Anonymous said...

Bodoh1

BELEJER LAGI BAB AURAT, SIASAT SENDIRI DARI DEKAT CAR PAKAI MEREKA.

Anonymous said...

Komen panjang2 pun kalau dah liberal tu liberal la jugak...orang Islam tak kan percaya...

Orang Islam akan menilai dimana pendirian anwar bila diinterview wartawan tentang lgbt. Berdolak dalik semasa menjawab. Serupa gak la icerd semasa di parlimen. Tiada penolakan jelas.

Dap campurtangan dan hina Islam. Tak pernah walau sekali di bantah anwar dan geng anwarinas perosak Pas daripada dalam. Nasib baik telah keluar jadi Pan.

Syed Alwi Aljufri said...

Kelantan buat semua halal belaka......!!

Anonymous said...

Boss mereka pun liberal. Anak buah lagi la. Liberal berkawan pulak kafir, hancuuuus.

Anonymous said...

Dengar kata kat Marang ada org jumpa janin reput.....dah tutup aurat org kat sana.

Anonymous said...

Parti agama (Pas) yang turut sama menyeka keringat membantu BN boleh tumpang semangkuk untuk mengecap pulut dan delcai Umno itu kerana kini sembelihan Umno sudah pun boleh dimakan, tidak haram lagi. Orang Pas boleh makan sampai berminyak mulut. Di sinilah kurang cerdik dan ruginya Pas kerana semasa BN memerintah mereka tidak sentuh gulai Umno bahkan mencurahnya ke longkang jika dihulur kepada mereka.

Anonymous said...

Alangkah berminyaknya mulut orang-orang dan pemimpin Pas kalau mereka tidak memfatwakan gulai Umno sebagai haram sebelum ini. Apapun pertambahan ilmu orang Pas hasil rajin menelaah kitab kuning dan mengenali erti politik Machiavellism lantaran berkawan dengan Umno akhirnya menyedarkan Pas, dan kejayaan di Semenyih itu adalah hasilnya.

Anonymous said...


PENYATUAN UMAH PENYAMUNAN BERJEMAAH

Anonymous said...

Kemenangan BN itu adalah hasil kerjasama dan gabungan dengan Pas. Sokongan Paslah memberi kemenangan kepada BN. Jika dilihat kepada pertambahan undi diraih BN itu jelas kerana sokongan Pas. Apa yang terjadi di Cameron Highlands BN mendapat pertambahan undi kerana sokongan Pas, berulang di Semenyih.

PENYATUAN PENYAMUN PENYAMUN UMMAH!

Anonymous said...

Penyatuan dengan kafir untuk mengembangkan liberal lagi bahaya kerana aqidah. Ini bukan fitnah kerana nyata kafir itu tidak lain menentang Allah dan hukum2nya. Ini bukan lagi berminyak, silap haribulan babi yang disembelih akan difatwakan halal oleh puak liberal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails