Friday, March 01, 2019

Terbongkar! Tiada Rampas, Beku. Kaji Sumber Siar -SU PAS.



Tiada rampasan, pembekuan akaun - Takiyuddin
KL: Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan menafikan laporan kononnya beberapa akaun bank dibekukan manakala kenderaan mewah, kedai dan wang tunai dirampas pihak berkuasa, berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.
Kata Takiyuddin, laporan beberapa portal berita sejak petang tadi berhubung isu itu tidak berasas.
Malah beliau meminta agensi media terbabit mengkaji semula penyiaran artikel berkenaan.
Beliau menegaskan, pihaknya baru menghubungi pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tegasnya, apa yang dilaporkan beberapa portal berhubung rampasan dikatakan mempunyai kaitan dengan siasatan kes PAS adalah tidak benar.
Takiyuddin seterusnya mendesak portal yang melaporkan mengkaji balik artikel berkenaan atau berdepam tindakan undang-undang.
Katanya, pihak beliau telah ‘print screen’ (tangkap layar) artikel berkenaan sebagai bukti.
Beberapa portal berita melaporkan, SPRM kononnya merampas beberapa kenderaan mewah, sebuah rumah kedai dan wang tunai selain membekukan beberapa akaun bank berhubung siasatannya mengenai dakwaan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Umno. – HARAKAHDAILY 28/2/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terbongkar! Rupanya Dato’ Takiyuddin Hassan menafikan laporan kononnya beberapa akaun bank dibekukan manakala kenderaan mewah, kedai dan wang tunai dirampas pihak berkuasa, berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.

Ya, lihat siapa sumbernya? Juga siapa memerangkap dan siapa terperangkap?

Video Hibur Hibue Sikit..

Iwan Fals Bongkar Lirik YouTube

1 comment:

Anonymous said...

Jawab kacang merah berulat, penjilat juboq gian eng.

KL: "Muka tak malu.." kata Weblog Ibnu Hasyim,.. "Walaupun SPRM mengesahkan tiada kemasukan dana 1MDB ke dalam akaun PAS seperti didakwa sebelum ini, namun puak 'kacang merah' (Red Army) terus memberi komen menyerang PAS bertalu-talu seolah-olah tidak berlaku seperti yang dinyatakan tersebut."


Sehingga pihak editor terpaksa membuat pengumuman, tidak akan melayan pengomen-pengomen 'kacang merah' yang anti Islam itu.

"Kerana:

Tiada hujah atau hujah bodoh.
Memperkata soal Islam dalam suasana tak faham Islam.
Menghina Islam dari penulis upahan yang ditugaskan untuk menyerang Islam (Red Army) samada dari yang mengaku Islam atau bukan Islam.
Dengan penulisan penuh emosiaonal tiada fakta.
Lucah, mencarut dan biadab."

Jelas Weblog ini lagi.

Sementara itu di Kuala Teengganu hari ini,Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata hasil siasatan pihaknya setakat ini tidak menemui sebarang kemasukan dana berkenaan.

‘Siasatan SPRM setakat ni memang tidak ada kemasukan RM90 juta duit 1MDB ke dalam akaun Pas.
"Siasatan SPRM setakat ini memang tidak mendapati bahawa berlakunya kemasukan RM90 juta yang dikatakan daripada wang 1MDB ke dalam akaun Pas,’ katanya ketika ditemui di sidang akhbar pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada siasatan berhubung dakwaan terhadap parti pembangkang tersebut akan ditutup, Mohd Syukri enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada Bahagian Siasatan SPRM untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan telah memulakan siasatan ke atas dakwaan penyaluran dana berkenaan selepas menerima laporan daripada orang awam.

Susulan itu beberapa individu telah dipanggil bagi membantu siasatan termasuk Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa.

Terbaharu, pada Selasa lalu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa dipanggil ke pejabat SPRM Kota Bharu, Kelantan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails