Sunday, February 24, 2019

Siapa Dibalik Desak Tun M Letak Jawatan. Ini Analisis Dr Kamarul Zaman.



Anwar di sebalik desakan Tun M letak jawatan? DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF 


MENARIK juga membaca kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi, bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berada “Di belakang tabir” usaha untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad dari jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.
Sebelum Dr Boo Cheng Hau dari DAP menyuarakannya, orang politik pertama yang mendesak supaya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah aktivis PKR bernama Kim Quek yang nama sebenar beliau ialah Yong Thye Chong.
Kim Quek menyertai PKR pada 26 Ogos 2007 di mana kemasukan beliau ke dalam PKR ini diraikan sendiri oleh Datuk Seri Anwar serta Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan lain-lain pemimpin PKR dalam satu majlis sambutan di Ibu Pejabat PKR.
Desakan supaya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ini Kim Quek nyatakan dalam satu tulisan beliau yang bertajuk “Mahathir Must Step Down To Save Reformasi” yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Kini pada 15 Disember 2018.
Kata Kim Quek, Tun Dr Mahathir “is no reformist”, “is reluctant to bring in institutional reforms”, “has not abandoned his racist conviction”, “has autocratic style of rule” dan “has never intended to honour the Harapan consensus of passing the premiership to Anwar”.
Dalam satu lagi tulisan Kim Quek yang bertajuk “Will This Be Mahathir’s Finest Moment?” yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Kini pada 17 Disember 2018 pula disebut “Mahathir’s background would make him ill-fitted as leader of this reformist coalition”.
Sebaliknya, kata Kim Quek, pemimpin yang paling layak menggalas tugas Tun Dr Mahathir ialah Datuk Seri Anwar selaku “founder and leader of the Reformasi movement and successor-designate to Mahathir” di mana “Anwar would be a shoo-in for this task”.
Tulisan Kim Quek ini diikuti oleh beberapa tulisan lain oleh kolumnis-kolumnis portal berita Malaysia Kini yang mengulangi desakan sama, iaitu supaya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan, khususnya P Gunasegaram, Francis Paul Siah dan S Thayaparan.
Begitupun, tidak diketahui sama ada ada dalang atau tidak di balik tulisan Kim Quek ini. - HARAKAHDAILY 24/2/2019

Lihat siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

8 comments:

Anonymous said...

Popcorn mana popcorn? Suka saya tengok cerita ni sebab tanda2 Penyatuan Ummah semakin hampir :-)

Anonymous said...

PAS menyifatkan tuduhan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa ‘PAS sokong rasuah atas nama Islam’ adalah suatu yang dahsyat.

“Dato’ Seri Anwar tuduh ‘PAS sokong rasuah atas nama Islam’; dahsyat tuduhan ini,” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

idrisBeliau mempersoalkan mengapa Anwar marah sangat kepada PAS.

Anonymous said...

Kalau ada rezeki adalah, kalau tidak ada rezeki hendak buat macam mana. Sabarlah. Enam tahun dalam penjara boleh sabar,” katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan Anwar agar jangan pula menyemburkan haba kemarahan kepada PAS berhubung situasi tersebut.

“Tidak mengapa Dato’ Seri, kami tidak marah. Kami faham jiwa Dato’ Seri sedang bergelora. Sabar menanti, ya,” ujarnya. –

Anonymous said...

PAS mengucapkan terima kasih dan menghargai pengesahan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Seri Mohd Shukri bin Abdull, di Kuala Terengganu hari ini bahawa hasil siasatan SPRM menunjukkan tiada kemasukan sejumlah RM90 juta ke dalam Akaun PAS daripada mana-mana pihak termasuk yang ditohmahkan daripada 1MDB.

Anonymous said...

SIAPA LAGI, PAS LAH TOK DALANGNYA

SETELAH USUL TAK PERCAYA TIDAK MENJADI, APA LAGI HELAH PAS UNTUK MENYELAMATKAN DIRI SELEPAS INI?


Segala-galanya kini sudah terang lagi bersuluh bahawa tidak ada sesiapa daripada PH mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Penafian Anwar Ibrahim, pemimpin yang disebut-sebut mahu melakukan usul tersebut bahawa tiada rancangan sama sekali daripada dalam PH untuk berbuat demikian, dengan sendirinya menjadikan isu ini berakhir begitu saja.

Kata Anwar, isu berkenaan hanyalah permainan politik Hadi Awang untuk memecah-belahkan PH setelah partinya kalah teruk dalam PRU14 lalu.

"Itu usul Hadi Awang, biar dia bawa usul itu nanti," tambah Presiden PKR itu lagi.

Anonymous said...

Undi tak percaya akan di usul pada sidang parlimen mac nanti. Itu rancangan asal raja kelentong al juburi bersama dap dan pancacai dap. Namun, tak menjadi la sbb dihidu oleh tun m dan pas. Kah kah,,,aljuburi ingat tun m tu bodoh ka? Walaupun aku benci mahathir,,namun dari sudut bijak strategi politik,,dia tiada tandingan,,baik hj hadi, lks, tambah2 lah aljubug tu. Kuasa di tangan tun , dia boleh atur segalanya,,dan dia tetap pegang prinsip beliau semasa pecat al jubug dulu iaitu " saya takkan biarkan org tiada moral jadi pm negara ini"...isu samada betul aljubug kaki jubug, atau tidak,,wallahua'alam,,tp tun pegang dari sudut undang2 civil, aljubug dua kali disabitkan kedalahan menjubur jubur,,,,inilah nasib petualang dan pengkhianat kpd bangsa dan negara,,aljubug adalah "othman wok" moden yg merupakan baruah cina....

Anonymous said...

Tok dalangnya anwar, kepingin jadi pm. Azmin pun. Mahathir pulak nak anaknya mukhrz. Mcm hal boleh jadi. Tu pasal kaki fitnah dlm ph ramai.

Anonymous said...

Dah semua nak jadi pm. Suh depa pm tepi je la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails