Sunday, February 10, 2019

Seksi? Istana Thai Larang Puteri Ubolratana Jadi Calon PM..


Istana Thailand larang Puteri Ubolratana jadi calon PM, pencalonan ditarik balik

BANGKOK: Hasrat kakak kepada raja Thailand Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barvanadi untuk menjadi calon bagi jawatan perdana menteri negara itu nampaknya tidak kesampaian apabila pihak istana mengeluarkan arahan bagi melarang pencalonan beliau.

Susulan itu parti Thai Raksa Chart yang diwakili oleh Puteri Ubolratana telah mengeluarkan kenyataan pada Sabtu bahawa mereka akan akur dengan larangan tersebut.

“Parti Thai Raksa Chart mematuhi arahan diraja dengan penuh kesetiaan kepada Raja dan seluruh kerabat diraja," menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Susulan itu segala kempen yang telah dirancang unbtuk Puteri Ubolratana telah dihentikan.

Hasrat puteri itu sebelum ini untuk menjadi calon dalam perebutan jawatan perdana menteri sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila ia memecah tradisi keluarga diraja negara itu yang sebelum ini tidak pernah dilakukan.


Arahan larangan terbaharu ini daripada Raja Maha Vajiralongkorn mungkin membuatkan Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu akur dengan kehendak istana negara itu.

Puteri berusia 67 itu sebelum ini mewakili Thai Raksa Chart dan mengumumkan kesetiaan mereka terhadap bekas perdana Menteri Thaksin Shinawatra.


Larangan terhadap puteri tersebut adakah kerana kesetiaannya kepada bekas perdana Menteri Thaksin Shinawatra, atau kerana seksi?



2 comments:

Anonymous said...

Nasib baik puteri tu tak bertanding untuk parti derhaka dap. Kalau dap, makan hati berulam jantung la raja thai

Anonymous said...

Dapig marah betul dengan orang thai sebab setia pada raja. Dapig pecah record derhaka pada Sultan Selangor, Sultan Perak dan Agung.

Cuma liberal2 penebar hancing dapig je yang tak sedau sebab dapat dedak air kencing. Kalau dah busuk sangat hati tu dengan Islam dan Sultan, pergi la berambus sekali keluar daripada Tanah Melayu ni jadi tukang bawak beg dapig. Sangat dialu alukan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails