Wednesday, February 13, 2019

Mengapa Kes Siti Kasim Ditarik, Sedang 3 Kes Sebelum itu Dihukum?




PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam tindakan Pejabat Peguam Negara yang menarik semula pendakwaan terhadap Siti Kasim kerana mengacungkan jari tengah dalam sebuah forum mengenai pindaan Akta 355 di Shah Alam tahun 2016.
nasrudinta
Walhal, sekurang-kurangnya terdapat tiga kes seumpama itu yang dilakukan oleh orang awam telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Ketiga-tiga mereka telah dihukum penjara dan denda atas kesalahan berikut.

Namun, kes Siti Kasim yang mengacungkan jari tengah kepada peserta forum serta videonya telah ditularkan dalam media sosial langsung tidak dibicarakan di mahkamah mahupun didakwa oleh Peguam Negara.
Pengguguran dakwaan tersebut menyebabkan timbul persepsi negatif dalam kalangan rakyat terhadap Pejabat Peguam Negara.
Rakyat berpendapat Peguam Negara bersikap selektif atas kes berkenaan ekoran wujud hubungan personal antara kedua-duanya.
Rakyat perlu dijelaskan sebab yang munasabah kerana pengguguran tersebut.
Islam Memimpin
NASRUDIN HASSAN

Ketua Penerangan PAS Pusat
8 Jamadil Akhir 1440 | 13 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 13/2/2019

2 comments:

Anonymous said...

Masa siti kasim nyanyi, salah sorang penarinya ialah thomas.

Anonymous said...

Eh dah sama2 joget kan. Kasi kawtim la. Nak perangi rasuah konon. Depa jauh lagi teruk.

Cepat2 lah pru15. Kapir di Tanah Melayu bila dapat kuasa macam beruk dapat bunga sebab jenis harbi. Habis tunggang langgang mahkamah. Lebih teruk drpd kapir barat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails