Dalam temu ramah bersama Bloomberg Television semalam, Anwar berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan itu dalam tempoh ditetapkan.
“Ada perjanjian antara kepemimpinan parti dan bukan antara saya dan Dr. Mahathir sahaja. Dalam perbincangan dengan Dr. Mahathir, saya mahu beliau mentadbir kerajaan secara efektif dan amat penting untuk memberi beliau masa.
“Sudah tentu bukan dalam tempoh lima tahun kerana beliau (Dr. Mahathir) telah me­nyatakan dengan jelas (tempoh peralihan jawatan) tidak akan melebihi dua tahun,” katanya seperti dipetik dalam temu ramah tersebut.
Mengulas lanjut, Anwar turut menegaskan keputusannya memaafkan Dr. Mahathir atas perseteruan lama mereka adalah demi memastikan masa depan negara menjadi lebih baik.
Katanya, kerjasama dengan Dr. Mahathir akan memberi manfaat besar kepada rakyat selain Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga dilihat komited dengan beberapa agenda reformasi PKR.
Selain itu, Anwar turut menzahirkan keyakinan Dr. Mahathir tidak akan melakukan rombakan Kabinet seperti didakwa segelintir pihak dalam media sosial.
“Dr. Mahathir telah memberitahu dengan jelas tidak akan berlaku rombakan Kabinet dan saya berpegang kepada kata-katanya. Secara amnya, beliau perlu berbincang de­ngan kepemimpinan komponen PH sekiranya mahu melakukan rombakan,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada saya Anwar tetap masih mengigau untuk jadi PM ke 8 dalam tempoh kurang dari 2 tahun lagi.. Kerana siapa tak kenal janji orang yang sudah 2X jadi PM.. Cuba tanya Ku Li? Jangan sampai dipagut ular 2X dalam satu lubang!

Terbaru, tanya juga Azmin Ali atau anak lelaki PM?

Lihat siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir