Sunday, February 10, 2019

Di M'sia, Pokok Ganja Sudah Boleh Ditanam.. Mengapa Pula?

Pokok ganja boleh ditanam, tapi...
 Pokok ganja boleh ditanam, tapi...


KUANTAN: Pokok ganja boleh ditanam bagi tujuan perubatan dan kajian tetapi perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 terdapat ruang untuk tujuan itu dengan syarat ia perlu mendapat kebenaran dahulu.

Beliau berkata, namun pokok ini tidak boleh ditanam sesuka hati sebaliknya perlu dikawal sebaiknya supaya tidak disalahgunakan untuk tujuan lain.

"Sebelum ini saya ada terbaca mengenai rakyat Malaysia yang berjaya menghasilkan minyak ganja,  jadi saya rasa sayang, kalau benda ini betul. Sebab itu, penting untuk mendapat kelulusan Menteri Kesihatan terlebih dahulu sebelum ia boleh dihasilkan bagi tujuan perubatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media  selepas majlis Apresiasi AADK Pahang bersama Rakan Pintar dan Rakan Strategik di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang di sini, malam tadi.

Zulkifli berkata, sekiranya benar ganja boleh digunakan sebagai ubat, Kementerian Kesihatan perlu mengesahkan memandangkan mereka mempunyai pihak yang mempunyai kuasa.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di negara barat haramkan ganja, di Malaysia pun haramkan.  Bila di sana dibolehkan, sudah banyak kedai produk ganja dibuka, Malaysia baru nak ikut... Memang mesti begitukah dasar bekas anak jajahan? 

1 comment:

Anonymous said...

ganja ketum adalah tumbuhan ciptaan tuhan yg pasti ada manafaatnya. yg salah adalah salahguna. maka wajar kajian supaya ia jd betulguna.

kereta teknologi dn lain2 pun byk kita belajar impot dari negara penjajah.

selagi manafaat tk salah ikut sesiapapun. yg salah ialah fikiran jumud kunun apa saja dr penjajah tkbagus. agama tk jumud. yg ngaku pejuang agama yg biasanya jumud.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails