HALAMAN HIBURAN
Teater romantis rosak sahsiah anak muda
KL: Teater Sex in Georgetown City sebuah jurnal komedi dan romantis koleksi sepuluh cerita pendek arahan anak jati Pulau Pinang, Fa Abdul di bawah produksi Big Nose yang bakal dipentaskan sempena Hari Kekasih membangkitkan keresahan umat Islam.
Berdasarkan sinopsis, teater tersebut ada selingan sesi quickie atau dalam bahasa mudahnya mengajak ke arah melakukan persetubuhan dan meliputi cerita kemasyarakatan, perhubungan suami isteri serta persahabatan luar tabi'e.
Teater ini akan dipentaskan bermula 14 sehingga 17 Februari di Pentas 2, Performing Arts Centre di Pulau Pinang yang terbuka kepada penonton lingkungan usia 16 tahun ke atas dengan harga tiket bermula RM35 sehingga RM45.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor melahirkan kebimbangan persembahan teater itu membenarkan sikap apologetik dalam kalangan umat Islam yang boleh merosakkan akhlak umat Islam.
"Kita bimbang sikap apologetik umat Islam terutama sikap bermanis muka jahiliah ataupun di zaman fahaman muktazilah fahaman mengutamakan akal yang sedang berlangsung pada hari ini yang dipimpin oleh Pakatan Harapan akan menghancurkan lagi akhlak dan sahsiah anak muda," katanya kepada Harakah. - HARAKAHDAILY 13/2/2019
LAPORAN PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT DI PASARAN
4 comments:
Sayyedina Ali Karamahullahiwajhah mengatakan,
Akan hebat sebuah negara itu jika pemerintahnya ADIL, walau pemerintah itu kafir!
Akan runtuh sebuah negara itu jika pemerintahnya ZALIM, walau pemerintah itu Islam!
sekadar renungan bersama. Allahu`alam
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (QS. Al Maidah: 51),
Benarkah yg di atas tu dari saidina Ali.
Sebab itulah kita perlukan KERAJAAN BUMIPUTRA 2/3 majoriti melalui penyatuan ummah. Banyak pemerkasaan syariah boleh di buat. Ini Tanah Melayu tanah kita. Kita yang harus mencorak dasarnya bukan pendatang kulup bangsa dapigs
Owhhhh patut la dap nak iktiraf lgbt. Nak bagi adil rupanya...dap mintak syiah di recognise di Malaysia tu nak bagi adil rupanya owhh patutlaa...suara azan dap suh pelankan sebab agama lain tak ada tu nak bagi adil sikit la rupanya... Jadi untuk adil sepenuhnya kenalah azan cuma bunyi dalam surau atau masjid macam kat singapura.
Woi liberal, kalau kau nak ketua pemerintah itu kafir, pergi berambus drpd Tanah Melayu. Takyah gi jauh singapore tu sebelah ajer. Pergilah nikmati 'keadilan' kat situ. Jangan dok sibuk nak jaja nama sahabat Rasulullah. Senang2 je dia nak suruh dapig jadi pemerintah cuma dgn hujah sebaris ayat. Apa ingat ajaran Islam cuma ada sebaris ayat tu je ke? Tu pun belum tentu sahih
Post a Comment