Tuesday, February 12, 2019

Pemimpin Mesti Berkelayakan,, Tidak Khianat, Berbohong.. T/Presiden PAS



SIK: Syarat menjadi pemimpin mesti berkelayakan, selain tidak mempunyai sifat khianat seperti berbohong dan menipu, demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kemuka beliau, mutakhir ini bukan sahaja berlaku pembohongan oleh pemimpin politik sebagaimana berkait isu memiliki ijazah palsu, tetapi juga berbohong kepada umum mengenai diri orang lain.
Beliau merujuk tuduhan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu dinobatkan sebagai Perdana Menteri sebagai punca perpecahan Pakatan Rakyat.
"Ini suatu pembohongan yang nyata kerana Tuan Guru Presiden tidak pernah malah tidak mahu memegang apa-apa jawatan sehingga Dun diberi kepada Dr Samsuri Mokhtar. Tuan Guru tidak mahu menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri.
"Kita menyebut bahawa jawatan ini bukan hendak direbut. Malah dalam PAS tidak pernah dibincangkan bahkan bagi kita peganglah siapa yang layak. Seperti waktu PAS menang 15 kerusi di Selangor, PKR lebih kecil daripada itu, tetapi PAS mencadangkan Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Sepatutnya PAS atas bilangan kerusi yang dimenangi tetapi laluan diberi kerana kita fikir dia layak memikul jawatan tersebut. Soal perpecahan Pakatan Rakyat adalah keputusan DAP yang mengisytiharkannya dibubar.
"Konflik tercetus apabila agenda Islam yang akan PAS bawa di dalam kerajaan andai diberi kuasa pemerintahan di waktu itu. PAS dalam situasi kalah atau menang tidak pernah meninggalkan prinsip untuk menegakkan agama Islam," tegasnya
Begitu juga ulas mengenai pembohongan isu RM90 juta sebagai fitnah sengaja dicetuskan hanya untuk PRU14 di mana ia tidak logik dan tidak munasabah untuk Umno beri dana untuk melawan parti itu sendiri.
Namun katanya, sebahagian rakyat termakan fitnah tersebut, sedangkan isu itu jelas tiada asas kukuh apabila Parlimen turut dimaklumkan tiada bukti berlakunya tuduhan sebagaimana disebarkan.
Tambah beliau, PAS menunggu kenyataan rasmi dari mana-mana pihak secara bertulis kerana kenyataan lisan tidak boleh dijadikan hujah, maka apabila keluar dalam Sarawak Report, maka saman difailkan.
"PAS mengambil tindakan walaupun kita sedar kosnya sangat besar malah kita kena ambil peguam di London, bayar pula dalam Pound Sterling, berganda dari duit Malaysia, tetapi fitnah ini sangat bahaya, maka tindakan sewajarnya perlu diambil.
"Di tengah perbicaraan, PAS telah menang enam daripada sepuluh pertuduhan dan Hakim minta Sarawak Report bayar saman kepada kita, maka berbaki empat perkara termasuk beberapa tuduhan melampau yang tidak logik.
"Baru-baru ini Tuan Guru dalam perundingan dengan Claire Rewcastle Brown, bersetuju selesai di luar mahkamah, bukan tarik balik kes, bukan kita mengalah dan bukan dia betul. Malah kalau dia ada hujah kuat, takkan dia nak selesai luar mahkamah.
"Pertama kita tidak meneruskan saman dan kedua dia tidak meneruskan saman balas dan ketiga tidak ada kos kedua-dua pihak dan kalau kita teruskan, peluang untuk kita menang adalah besar.
"Tetapi pampasan yang kita dapat, mungkin sedikit, tidak padan dengan kos yang kita keluarkan. Hakim akan mengambil kira apakah RM90 juta ini rakyat termakan hingga terpaksa dibayar pampasan yang besar?" jelas beliau.
Terangnya, kemenangan PAS di Kelantan, merampas Terengganu, hampir menawan Kedah, meningkat di Pahang menunjukkan bahawa fitnah itu tidak mempengaruhi pengundi lalu penyelesaian luar mahkamah itu dipersetujui.
Tuan Ibrahim dalam pada itu berkata, PAS meminta supaya Kerajaan Malaysia mengambil tindakan terhadap pihak yang mempunyai maklumat untuk disalurkan kepada pihak polis dengan memberi bukti dan mendakwa PAS.
"Alhamdulillah, dua tiga hari yang lepas, SPRM telah membuka kertas siasatan dan beberapa orang pemimpin PAS mula dipanggil untuk diberi keterangan antaranya Nik Mohamad Abduh dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Md Isa.
"Nik Mohamd Abduh kononnya kerana rakaman audio yang diucap dalam ucapannya ada pemimpin PAS yang makan duit Umno, dan kalau benar Umno bagi RM90 juta kepada PAS untuk melawan semua kerusi Umno, itu bermakna cerdik kita bodoh Umno.
"Maka PAS mengalu-alukan tindakan polis dan SPRM untuk siasat, dedah dan buktikan kerana tanpa penyiastan rapi, fitnah ni akan terus berpanjangan," katanya.
Selain daripada itu, Tuan Ibrahim juga menjelaskan, agenda yang dijanji PH kepada rakyat adalah pembohongan belaka, kononnya apabila mereka menang rakyat senang, tetapi hakikatnya manifesto semuanya palsu.
Beliau menyentuh antaranya penoreh getah, pekebun kelapa sawit dan banyak lainnya yang menyusah serta tidak membela rakyat berbanding janji ditabur dan manifesto dinyatakan oleh PH sendiri. -HARAKAHDAILY 12/2/2019


2 comments:

Anonymous said...

Terbaik titm timb presiden pas. Pihak yg memfitnah sudah sampai ke kemuncaknya,,tiada hujjah lagi. Mereka hanya jaguh di kandang babi dap saja. Di luar,,org asli cameron pun dah tidak percaya lagi....mari sama2 kita berbaik sesama saudara seagama,,pas dan umno , kita lawan pakatan haramjadah juara menipu dan memfitnah kafir dap laknatullah dan kuncu2 mereka.

Anonymous said...

Firaun pon macam tu, dah membobok telan air Laut Merah, dah nak mampos baru nak berbaik baik dengan ALLAH! Sori la lebai munafiq 10:33AM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails