Monday, February 11, 2019

Lagi Tuduhan S/Report Kepada PAS/A.Hadi?

Jangan kelirukan ahli, siapa bagi RM2.5 juta? - soal Clare kepada Hadi
REWCASTLE BROWN: Tunjukkan ketelusan sebagai sebuah parti politik. - Gambar fail
Jangan kelirukan ahli, siapa bagi RM2.5 juta? - soal Clare kepada Hadi  

KL: Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown meminta supaya Pas menjadi sebuah parti yang telus bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah kepada ahlinya.

Beliau turut mencabar presiden parti berteraskan Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan kenyataan tidak konsisten beliau berhubung penyaluran dana RM2.5 juta dari UMNO kepada Pas.

“Tunjukkan ketelusan sebagai sebuah parti politik. Dedahkan sumber kewangan. Cabaran pertama saya, siapa yang bagi RM2.5 juta? Menerusi bukti saya kepada mahkamah, saya telah memberikan perincian bukti. Saya memberi perincian bukti bermakna saya serahkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab yang mana ia juga kini terdapat di dalam talian.
“Ia merupakan pembayaran secara tunai berjumlah RM2.5 juta oleh pemimpin kanan UMNO kepada Pas sebelum pilihan raya. Bila saya bangkitkan isu ini, Hadi berkata dia tidak tahu siapa yang menyalurkan wang itu. Namun selepas itu, Hadi secara terbuka berkata, bukan UMNO yang menyalurkan wang itu.

“Jadi kenyataan beliau dilihat tidak konsisten. Justeru, perkara pertama yang harus dilakukan Pas adalah mengatakan sama ada mereka tahu siapa yang memberi mereka RM2.5 juta yang masuk ke dalam akaun mereka sebelum pilihan raya secara tunai atau menafikannya dan jika mereka kata tidak atau menafikannya, kenapa mereka memberitahu orang yang mereka tahu bukan UMNO yang memberikan wang tersebut.
“Jadi persoalan juga, mengapa mereka menerima wang tunai begitu banyak daripada orang yang mereka tidak tahu siapa. Itu cabaran saya kepada Pas,” katanya ketika ditemubual Astro AWANI.

Jelasnya, kewajipan untuk mengemukakan bukti pada ketika ini adalah di tangan Pas dan bukan dirinya.

“Kenapa saya yang perlu memberikan butiran itu? Pas yang membuka akaun mereka, menunjukkan wang apa yang masuk, tunjukkan dari mana sumbernya dan dibelanjakan untuk apa.
“Bagaimanakah mereka mendapat wang untuk bertanding di beberapa kerusi pada pilihan raya lalu? Maksud saya, mereka hanya perlu menjelaskan semuanya, jadi kita boleh yakin bahawa ia adalah wang yang mana ia adalah dari ahli-ahlinya seperti yang mereka dakwa,” tambahnya.

Pada 2016, Clare menerusi portal Sarawak Report mendedahkan Pas menerima wang berjumlah RM2.5 juta daripada UMNO.

Ia dipercayai sebahagian daripada dana RM90 juta yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini. (AA)

2 comments:

Anonymous said...

Kalau nak layan si kapir clare ni sampai kiamat laaa. Suruh la clare clare ni pegi siasat yahudi yang fund rasuah pada pimpinan us. Yahudi buat kerosakan lagi berlambak. Apa yang dia nak sibuk sangat kat Malaysia ni. Yahudi bagi fund pada ambiga tu boleh pulak. Yahudi bagi fund sana sini boleh pulak.

Kalau aku kepimpinan Pas, aku cakap je kalau Umno ada tolong Pas atas dasar sesama bangsa so what? Dah gabung pun sekarang so what? Even orang Melayu memang dah lama dah menunggu gabungan ni wujud.

Kalau dap bagi fund pada pkr sampai kering kontang pun, apa kita peduli. Korang punya pasal la. Kita jangan di momokkan sangat dengan ugutan bodoh si kapir tu yang motifnya hendak Melayu sentiasa berpecah. Buang masa! Dia takde satu sen jasa pun pada Tanah Melayu kita ni. Yahudi buat dajjal pada orang Islam terang terangan pun. Kenapa kita sesama Islam nak bantu each other tak boleh? Depa sapa?

Anonymous said...

Quran pedan kpd org islam,,jika datang kpd kamu sesuatu berita daripada org fasiq, hendaklah kamu mengenalpasti terlebih dahulu akan kesahihan berita tersebut...
Saya sebagai org islam,,tiada apa masalah pun tuduhan dr terhafap pas. Dia org kafir laknatullah. Ya,,betul ada di sana org kafir yg tinggi integriti. Tak di nafikan. Namun, setiap berita dari mereka mesti tidak diterima secara terus dan tiada kaji selidik. Apatah lagi, sr adalah talibarut dap yg sememangnya musuh islam. Kemudian, saya sebagai org islam,,ada kaedah khas didalam pertuduhan sebegini. Iaitu,,org yg menuduh mesti mengemukakan bukti, dan yg dituduh bersumpah menafikan tuduhan.
Jadi,,sr yg sepatutnya kemukakan bukti,,bujan minta pas berbuat demikian. Undang2 civil juga menyatakan seseorang adalah tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Jadi apa madlsalahnya sr beriya2 meminta pas kemukan bukti tidak bersalah, pas tiada apa tgjwab terhadap perkara ini baik ikut kaedah islam mahupun undan2 civil. Hanya baruah2 dap , cina2 kafir ini main isu supaya org2 islam yg bodoh menyangka ini sesuatu yg benar ,pas bersalah. Dan,,memang dap berjaya memperbodohkan baruah2 mereka,,sehingga dulunya hormati tn2 guru,,tp hari maki hamun tn2 guru yg mereka sanjung sebelum ini. Inilah dia BARUAH2....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails