Wednesday, February 27, 2019

Bebas Tol: Jangan Buat Lawak. -N/Presiden PAS



KL: “Siapa yang lalu tol jam 11 malam hingga 5 pagi? Pejabat mana yang kerja tengah malam buta ni,” tanya Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau juga mempersoalkan apakah cadangan bebas tol pada waktu itu boleh mengurangkan beban rakyat.
“Kalau pun hendak tunai janji manifesto, jangan buat lawak macam ini. Atau hanya sempena PRK Semenyih?” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya kerajaan PH mesti menyatakan sama ada boleh melaksanakan janji sebagaimana manifesto PRU14 untuk menghapuskan tol atau sebaliknya.
“Kalau boleh katakan boleh, tak boleh katakan tak boleh. Tak apa rakyat dah faham sangat,” ujarnya lagi.
Pejabat Perdana Menteri kelmarin mengumumkan cada¬ngan memansuhkan kutipan tol kepada caj kesesakan pada waktu puncak serta mengenakan diskaun 30 peratus pada waktu biasa dan bebas tol dari pukul 11 malam sehingga 5 pagi di empat lebuh raya di Lembah Klang. – HARAKAHDAILY 25/2/2019

1 comment:

Anonymous said...

Untuk pengetahuan saudara, kami bukanya nak semua benda free.. Cuma apa yang kami minta tol tu kurangkan kadar bayaran dia jadi separuh pun tk mengapa.. Banyakkan pengangkutan awam mcm bas mini mcm awal thn 90an yg begitu efisyen sekali.. Pengguna tidak perlu menunggu berjam2 utk mendapatkan perkhidmatan bas mcm skrg dan tambangnya murah.. Kurangkan harga rumah dan kenderaan yg harga tidak masuk akal.. Kena ingt, rakyat ada hak atas segala duit cukai dan duit hasil bumi spt petroleum.. Kerajaan skrg hnya mentadbir dan memegang amanah rakyat shj bukan pemilik mutlak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails