Wednesday, January 09, 2019
KFC Naik Harga Kerana SST, Menteri Tak Boleh Buat Apa-apa..
Menteri sebelum ini kata akan siasat KFC mengapa harga naik begitu ketara selepas SST ganti GST. Dua minggu dia siasat. Setelah puas menyiasat, apa keputusannya?
“Kos pengeluaran sudah meningkat”.
Sebenarnya, tidak perlu siasat pun sudah tahu. Tanya mana-mana rakyat pun sudah tahu harga barang dah naik selepas SST ganti GST. Selepas mendapat jawapan dari KFC, apa langkah yang menteri ambil? Dia kata tak boleh buat apa-apa.
Dia kata harga KFC bukan di bawah barang-barang kawalan harga walaupun KFC di Malaysia ialah milik penuh kerajaan PH negeri Johor. Jika KFC milik kerajaan PH pun boleh menerima kesan besar dari kos pengeluaran yang meningkat, bagaimana pula dengan barang-barang yang lain?
Sama-sama naik kerana semua sudah Senyap-Senyap Tibai (SST) oleh kerajaan PH dan kita semua Sama Sama Terkena. Sebelum mansuhkan GST, saya berulang-kali memberi amaran bahawa SST akan menaikkan harga lebih tinggi berbanding GST.
PH kata tak mungkin. Kata saya tipu, siap memberi jaminan dalam Parlimen bahawa SST akan menurunkan harga barang. Siapa masih ingat janji manifesto mereka untuk menurunkan harga barang, turunkan kos sara hidup. Siapa masih ingat pada bulan Ogos lalu, PH mengeluarkan kenyataan berikut?
“Kerajaan Pakatan Harapan meraih pencapaian memberangsangkan dalam tempoh 100 hari penubuhannya dan meskipun berdepan kekangan kewangan, isu-isu membabitkan kos sara hidup rakyat telah berjaya ditangani dengan baik.”
Mereka tipu untuk menang. Selepas menang, penipuan diteruskan. Bagai sinetron, episod tak pernah habis.
Facebook Najib Razak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kerana sst?...barang lain tak naik pon..
Post a Comment