Saturday, January 12, 2019

Akta Hasutan: Diam K'jaan PH Memalukan, Kata Pemimpin PKR.


Kerajaan PH Memalukan Diri Sendiri Guna Akta Hasutan, Kata Pemimpin PKR
KUALA LUMPUR – Sikap berdiam diri kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung Akta Hasutan mencetuskan kritikan daripada pemimpin parti itu sendiri.
Bekas Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N. Surendran dalam hantaran Twitternya hari ini mempersoalkan apa sudah berlaku dengan semua pemimpin PH di peringkat pusat sekarang.
Katanya, ketika menjadi pembangkang mereka lantang mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu agar menghapuskan Akta Hasutan yang diluluskan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan.
“Apa sudah berlaku kepada semua pimpinan PH yang memprotes Akta Hasutan ketika pembangkang dahulu? Kenapa senyap dan tidak ada apa-apa tindakan selepas menjadi kerajaan,” katanya.
Beliau membuat hantaran itu bagi mengulas tindakan polis menahan tiga individu yang didapati menghina peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Mereka ialah pengguna Facebook, Eric Liew; dua pemilik akaun Twitter iaitu @azhamakhtar dan @aliaastaman yang ditahan semalam selepas polis menerima beberapa laporan berhubung tindakan mereka yang memuatnaik komen berunsur hinaan menerusi media sosial itu.
Surendran menyifatkan sikap berdiam diri itu secara terang-terangan adalah sesuatu yang memalukan.
Terdahulu, Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty (LFL), Latheefa Koya dilaporkan berkata, penahanan individu itu bawah Akta Hasutan mengingatkan sikap tidak bertoleransi kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini terhadap kebebasan bersuara.
Katanya, PH sebelum menjadi kerajaan menentang kuat penggunaan akta itu, tetapi apabila mengambil kuasa, ia sama seperti BN.
“Adalah suatu yang mengejutkan apabila sudah menjadi kerajaan, PH juga masih menggunakan akta ini,” katanya. – MalaysiaGazette
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dah jadi 'syaitan bisu'. Kesian!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails