Thursday, May 10, 2018

Ustaz Ahmad Angkat Sumpah MB Kelantan


KOTA BHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Kelantan di Istana Negeri kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

"Saya dianugerah watikah pelantikan oleh Pemangku Raja untuk mengurus dan mentadbir negeri pagi tadi.
"Kita juga akan mengemukakan nama-nama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan mengangkat sumpah beberapa hari lagi di hadapan tuanku," ujarnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.
Hadir sama Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi dan wakil-wakil rakyat yang menang semalam.
Katanya juga PAS berjaya mendapat tambahan lima kerusi Dun iaitu Dabong, Semerak, Pengkalan Kubor, Guchil dan Selising. Oleh itu beliau mengucap terima kasih kepada anak-anak Kelantan di perantauan yang bersusah payah pulang semata-mata untuk mempertahankan kerajaan Islam.
“Pertambahan kerusi berkenaan menandakan sokongan yang tinggi rakyat pelbagai peringkat berbanding PRU 13,” katanya. -HARAKAHDAILY 10/5/2018

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah kerajaan Islam PAS Kelantan dan Terengganu wujud dengan sokongan umat Islam dengan izin Allah.

Semoga Allah yang Maha Berkuasa melindungi agama Islam, umat Islam dan parti Islam PAS di negara ini dari ancaman puak munafik dan puak kafir harbi yang bersekongkol menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Anonymous said...

Moga allah memberirahmat pada kerajaan islam pas di kelantan dan terengganu dan melindungi seluruh umat islam di malaysia. Ameeen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails