Tuesday, May 08, 2018

SAMM Serah Dokumen PKR Songlap Tanah Kepada SPRM



SHAH ALAM – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin hari ini menyerahkan dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berhubung dakwaan penyelewengan tanah institusi agama Islam di Petaling Jaya.


adrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata dokumen itu antaranya mengandungi salinan surat rasmi termasuk yang bertulisan tangan pihak terlibat, salinan cetakan e-mel serta cakera video digital.
Beliau berkata laporan itu turut disertakan dengan nama beberapa individu termasuk pemimpin PKR yang didakwa mempunyai kaitan dengan tulisan tangan yang terpampang pada surat rasmi itu.
Menurutnya laporan itu mengandungi dakwaan penyelewengan tanah institusi agama Islam seluas hampir 9.66 ekar di Seksyen 14, Petaling Jaya, yang sepatutnya diserah kepada Kumpulan Hartanah Selangor yang bernaung di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI).
“Namun, pada 2015, sebuah syarikat pemaju mencadangkan kepada MBI untuk membeli atau memajukan tanah berkenaan dengan menawarkan pembayaran sebanyak 30 peratus dari nilai RM1 billion Anggaran Pembangunan Kasar (GDV),” dakwanya.
Badrul Hisham mendakwa sepanjang tempoh cadangan itu, dua pemimpin PKR dan seorang wakil MBI bertemu dengan syarikat untuk menyatakan persetujuan kerajaan negeri berhubung cadangan itu tetapi meminta kertas cadangan dihantar semula dengan merendahkan nilai tawaran.
“Perbezaan (antara nilai tawaran asal) dengan nilai yang direndahkan (dalam kertas cadangan baru) itu dibayar kononnya sebagai dana politik,” dakwa Chegubard.
Namun, katanya, syarikat terbabit tetap bertegas supaya nilai tawaran mereka sama dengan kertas cadangan awal sehinggalah surat terakhir antara kedua-dua pihak itu pada 26 Jan 2017.
Pada 22 Dis 2017, sebuah syarikat lain pula membuat pengumuman awam menyatakan mereka mendapat hak untuk memajukan tanah tersebut dengan nilai tawaran yang jauh lebih rendah, dakwanya sambil mempersoalkan mengapa syarikat berkenaan diberi tawaran yang jauh lebih rendah.
Beliau turut menafikan tindakannya menyerahkan laporan itu kepada SPRM mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – BERNAMA




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails