Thursday, May 10, 2018

TERBARU: PARLIMEN BN 57 PH 64 PAS 4

Hasil carian imej untuk pilihan raya
11.02pm - Dua anak bekas pemimpin pembangkang memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dan DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang.

Nurul Izzah Anwar mengekalkan kemenangan di kerusi tradisi PKR di Permatang Pauh yang sebelum ini diwakili ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum itu Permatang Pauh adalah kerusi untuk bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah memperoleh 9,741 manakala wakil PAS, Afnan Hamimi 3,380 undi. Calon BN yang juga ketua Umno Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said hanya mendapat 4,940 undi.

Sementara itu Faiz Fadzil memenangi kerusi Permatang Pasir yang terletak dalam kawasan Permatang Pauh.

Faiz ialah anak kepada bekas presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Faiz mengumpul 7,528 undi meninggalkan pencabar terdekatnya, Muhammad Fauzi Muhammad Yusof (PAS) dengan 5,418 undi serta calon BN, Anuar Faisal Yahaya 3,961 undi.

Satu lagi kerusi DUN di bawah Permatang Pauh ialah Seberang Jaya.

Saifuddin Abdullah tawan Indera Mahkota

10.46pm - Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah memenangi kerusi parlimen Indera Mahkota.



Bekas timbalan menteri yang sebelum ini anggota parlimen Temerloh itu mengalahkan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan.

Pada PRU ke-13 kerusi itu dimenangi oleh calon PKR Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Fauzi yang juga bekas timbalan menteri memperolehi 30,584 undi berbanding BN 23,061 undi dan bebas 163.

HARAPAN isytihar tawan Negeri Sembilan

Pakatan Harapan Negeri Sembilan mereka berjaya menawan negeri itu daripada BN buat pertama kali dalam sejarah.

Walaupun keputusan rasmi belum dikeluarkan, mereka mendakwa sudah mempunyai cukup kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk kerajaan.

Gabungan itu sedang memanggil pihak media untuk membuat pengumuman rasmi mereka.

--------------------------------------
HARAPAN dapat mandat lagi di P Pinang
Pakatan Harapan (HARAPAN) mengumumkan mereka kekal mendapat mandat untuk mentadbir Pulau Pinang untuk tempoh lima tahun lagi.


Pengumuman itu dibuat Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Kata Chow, DAP menguasai semua kerusi yang dimenanginya pada PRU lalu, termasuk Tanjung Bungah, Pulau Tikus dan Sungai Pinang yang sebelum ini bermasalah.

Sementara itu wakil BN - Gerakan, MCA dan MIC - sekali lagi kalah di semua kerusi yang mereka tandingi.

Setakat jam 9.40 malam ini penyokong HARAPAN sedang berkumpul di Hote City Bayview di George Town untuk meraikan kejayaan berkenaan.

------------------------------
Mat Sabu, Khalid Samad menang, Raja Bahrin tumbang
Khalid Samad (HARAPAN-AMANAH) kekal di Shah Alam yang dimenanginya atas lambang PAS lima tahun lalu.

Beliau mengalahkan calon PAS Mohd Zuhdi Marsuki dan calon BN Azahari Saari.

Di Kuala Terengganu, nasib berbeza yang dialami oleh seorang lagi pemimpin Amanah.

Calon BN Wan Nawawi Wan Ismail menang mengalahkan penyandang Raja Kamarul Bahrin Shah (HARAPAN-AMANAH).

Kuala Terengganu menyaksikan pertembungan tiga penjuru di kawasan itu dengan kehadiran calon PAS.

Menurut keputusan tidak rasmi, BN akan tewas jika kedua-dua HARAPAN dan PAS bergabung jumlah undinya.

Sementara itu di kerusi Parlimen Kota Raja, calon HARAPAN Mohamad Sabu menang dengan mengalahkan calon BN V Gunalan Velu dan calon PAS Mohd Diah Baharun.

Seorang lagi calon AMANAH Ahmad Termizi Ramli membuat kejutan dengan merampas kubu Umno di Kuala Kangsar. Dia menumbangkan penyandang BN, Mastura Mohd Yazid.

Dikenali sebagai "bandar diraja" Perak, kerusi parlimen ini pernah menjadi kubu kuat bekas menteri Umno Tan Sri Rafidah Aziz, yang berpaling tadah dan kini berkempen untuk HARAPAN.







2 comments:

Anonymous said...

Tahniah ibnu hasyim,pas mng besar di terengganu dn klntan!

Anonymous said...

Tahniah Ibnu Hasyim, atas dakwah politik Tuan, PAS dapat ambil alih Putrajaya...ini baru KING MAKER ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails