Friday, May 11, 2018

Prestasi PAS PRU-14 Secara Keseluruhan.


Hasil carian imej untuk Lambang PAS
KUALA LUMPUR: PAS kembali merampas Terengganu dan berjaya mempertahankan kubu kuatnya, Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
PAS merampas Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti mudah selepas memenangi lebih separuh daripada kerusi 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).







Keputusan itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, malam tadi.
Daripada keseluruhan 32 kerusi DUN Negeri Terengganu yang dipertandingkan, PAS memenangi 22 kerusi manakala BN 10 kerusi dan PKR pula gagal mendapat sebarang kerusi.
Kesemua 22 kerusi DUN yang dimenangi PAS ialah Kota Putera, Jabi, Tepuh, Buluh Gading, Bukit Tunggal, Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang dan Batu Buruk.
Selain itu, PAS turut menang di kerusi DUN Alur Limbat, Bukit Payung, Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Manir, Kuala Berang, Ajil, Rantau Abang, Sura, Paka, Kemasek, Cukai dan Air Putih.
Untuk parlimen, enam kerusi dimenangi PAS iaitu di Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman sementara BN pula menang di dua kerusi iaitu di Besut dan Hulu Terengganu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertanding di Parlimen Marang, menang dengan majoriti 21,954, menewaskan pencabar utamanya Mohd Noor Endut dari BN.
PAS juga mempertahankan Kelantan apabila mengekalkan penguasaannya di 37 kerusi DUN, manakala BN lapan kerusi.
Kerusi DUN yang dimenangi PAS adalah Pengkalan Kubor, Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjong Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Meranti, Chetok, Gual Periok, Apam Putra dan Salor.
Selain itu, Pasir Tumboh, Demit, Pantai Irama, Jelawat, Melor, Kaduk, Bukit Panau, Kemahang, Selising, Limbongan, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Mengkebang, Guchil, Manik Urai dan Dabong turut dimenangi PAS.
Bagi kerusi Parlimen, PAS kekal di sembilan kerusi iaitu di Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala BN hanya memperoleh lima kerusi iaitu Ketereh, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Gua Musang.
Sementara itu di negeri lain, PAS turut mendapat kedudukan hampir selesa di Kedah dengan menguasai 15 kerusi daripada 36 DUN.
PAS menang di kerusi Ayer Hitam, Kuala Nerang, Pedu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Tokai, Sungai Limau Belantek, Jeneri, Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Bayu, Kupang, Kuala Ketil dan Merbau Pulau.
Di Perlis PAS memenangi kerusi DUN Guar Sanji, Sanglang manakala di Perak, parti itu menawan Selama, Kubu Gajah dan Gunung Semanggol.
Di Pahang pula, PAS menawan lapan kerusi DUN iaitu Tahan, Damak, Beserah, Tanjung Lumpur, Panching, Luit, Chenor dan Jengka.
Manakala di Selangor, PAS hanya mampu menguasai dua kerusi DUN iaitu Sijangkang dan Banting.
Bagi peringkat Parlimen secara keseluruhan pula, PAS yang sebelum ini berhasrat menjadi 'king-maker' memperoleh 18 kerusi.

7 comments:

Anonymous said...

Alangkah seronoknya jika PAS jadi ahli kabinet Putrajaya, kesal kerana PAS tersalah perhitungan.

Anonymous said...

PAS dah rasa amat berbangga pegang Kelantan dan rampas Terengganu...Mr Hadi mungkin dah tak jadi punasihat PM....elok ler tu...dedak dah tak ade

Anonymous said...

Puak munafik sanggup menjual agama Islam untuk mendapat sedikit 'kuasa' dengan menjadi khadam dan penjilat parti kafir harbi roket yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana PAS telah bertindak tegas menolak parti kafir harbi roket kerana parti kafir harbi roket telah menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

Sikap PAS yang cintakan Allah dan RasulNya telah dibalas oleh Allah dengan kemenangan yang cermerlang dalam PRU14 walaupun PAS seorang diri menentang BN dan pakatan wayang pimpinan roket.

InsyaAllah PAS akan mendapat kemenangan yang lebih besar dalam PRU15.

Anonymous said...

Barua pakatan wayang roket dan fitnah adalah kembar siam.

Anonymous said...

Semua tukang tilik nasib ternakan pakatan wayang roket telah membuat ramalan syirik konon PAS akan kalah teruk dalam PRU14 dengan bilangan kerusi 0 ! Dan ramalan syirik ini dan pelbagai fitnah telah dijaja oleh barua-barua pakatan seperti 'nobody' yang mempunyai penyakit mental.

Alhamdulillah Allah Maha Berkuasa parti Islam PAS pimpinan ulama Islam telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam PRU14 di Kelantan dan Terengganu , menjadi king maker di Kedah dan Perak dan bilangan kerusi PAS bertambah di Pahang.

Ini bererti semua tukang tilik pakatan adalah pendusta atau pembohong !

Anonymous said...


Wah penyakit mental 'nobody' barua dedak roket semakin kronik selepas puak 'nobody' kalah teruk dalam PRU 14 di Kelantan dan Terengganu tanpa sebarang kerusi.

Jika kita membaca semua komen 'nobody' yang berunsur fitnah jahat, maki hamun, sumpah seranah, lucah dll, kita akan dapati memang benar 'nobody' adalah pesakit mental yang gagal memakan ubat semasa musim PRU14.

Dan sekarang 'nobody' sedang meroyan gila babi dalam beberapa blog kerana 'nobody' tidak dapat menerima kenyataan pakatan wayang kalah teruk di Kelantan dan Terengganu kerana 'nobody' ini amat mempercayai perkara-perkara tahyul dan syirik seperti ramalan bomon, dukun dan tukang tilik nasih pakatan konon PAS akan kalah teruk dalam PRU14 tanpa sebarang kerusi !

Bahkan towkay audio pun kalah teruk juga ! Woi malu tak tahu mana nak letak muka !

Unknown said...

Tahniah PAS.Tak perlu bergabung dgn PH diPerak dan Kedah.Ambil iktibar bagaimana layanan pkr dan dap diSelangor

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails