Friday, May 11, 2018

PAS Jadi 'kingmaker'. .BN Perak Umum Tubuh k'jaan..


   
BN malam ini mengumumkan berjaya memperoleh kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

Pengarah komunikasi menteri besar sementara Nizam Isa berkata BN Perak akan berjumpa dengan Sultan Perak untuk mendapat perkenan baginda bagi menubuhkan kerajaan negeri.

"Saya ingin mengumumkan bahawa BN sudah memperoleh jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri.
"Kami akan memohon untuk mengadap Sultan Perak Sultan Nazrin Azlan Shah untuk memohon perkenan baginda untuk menubuhkan kerajaan negeri Perak," katanya dalam sidang media di Impiana Hotel, Ipoh.

Bagaimanapun, Nizam tidak mengulas lanjut sama ada BN bergabung dengan PAS atau menyatakan tarikh mengadap Sultan Perak. Beberapa jam lalu, PAS Perak mengadakan mesyuarat di Hotel Impiana, Ipoh bagi membincangkan isu pembentukan kerajaan negeri Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata syarat utama bekerjasama dengan PAS adalah parti sekutu tidak menentang atau menafikan perjuangan PAS berhubung isu Islam.

Timbalan Pengerusi Umno Perak Datuk Saarani Mohamad juga dilihat hadir di hotel itu untuk berbincang dengan PAS. Perak memiliki 59 kerusi DUN, dan HARAPAN menang 29 kerusi, BN 27 dan PAS tiga.

HARAPAN kurang satu kerusi untuk mendapat majoriti mudah, sementara PAS pula menjadi 'kingmaker'.

6 comments:

trowluck said...

Sblm pilihanraya :

PAS = 0 RASUAH
PH = 21 RASUAH
BN = 71 RASUAH...

lepas pilihanraya..Perak DUN

PH = 21 RASUAH
BN/PAS = 71 RASUAH..

Unknown said...

TAHNIAH!!!!!
Sekarang BN/PAS ada TUJUH buah negeri di bawahnya: KELANTAN, TERENGGANU, SABAH, SARAWAK, PERLIS, KEDAH & PERAK.
Masa untuk membuktikan kemampuan BN/PAS membangunkan negeri masing-masing tanpa bantuan KERAJAAN PUSAT.
Harap BN/PAS akan lebih berjaya daripada PENENG & SELANGOR dulu, tanpa bantuan Pusat pun boleh ada reserve yang tinggi, mampu buat macam-macam projek pembangunan & kemasyarakatn dan boleh beri 3 bulan bonos kepada pejawat awamnya.

Anonymous said...

- kingmaker- ``3kupang`` ha ha ha ha ha ha..............

Anonymous said...

Barua dedak roket 10:58 am adalah pesakit mental kerana menfitnah parti Islam PAS sedangkan SPRM sendiri mengesahkan PAS bersih dari rasuah.

Barua dedak roket meroyan gila babi kerana parti kafir hatbi roket gagal menubuhkan kerajaan negeri di Perak.

Maka jelaslah barua-barua dedak roket adalah penjaja fitnah yang bencikan perjuangan Islam.

Anonymous said...

Cukup-cukuplah minaah ternakan parti kafir harbi roket mencipta dan menjaja fitnah untuk menfitnah parti lawan seperti PAS dan BN.

Fakta:

(1) Perlembagaan Persekutuan telah mewajibkan kerajaan persekutuan memberikan peruntukan kepada kerajaan negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dll.

(2) Kerajaan DAP Pulau Pinang juga menerima peruntukan dari Kerajaan Persekutuan BN sebelum PRU 14.

(3) Kerajaan DAP juga berhutang pada kerajaan Persekutuan BN yang bererti dakwaan minaah di atas adalah karut dan tidak berasas.

Jika benar kerajaan DAP Pulau Pinang kaya raya, mengapa kerajaan DAP masih berhutang pada kerajaan persekutuan?

Bahkan nak buat projek terowong pun, kerajaan DAP mohpn bantuan kerajaan persekutuan BN.

Anonymous said...

Ha ha ha ha barua dedak roket kecewa gila sebab DAP telah gagal membentuk kerajaan di Perak. Tak ada peluang untuk barua roket untuk mendapat hak milik tanah 999 tahun!

Takbir !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails