Friday, May 11, 2018

Main 'tarik tali' Kelam Kabut Politik Sabah.

MOHD. SHAFIE APDAL

KOTA KINABALU 11 Mei - Rakyat Sabah masih dilanda kegusaran tentang kerajaan daripada parti mana yang akan mentadbir negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelmarin.

Meskipun semalam semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) sudah mengangkat sumpah membentuk kerajaan campuran, namun kedudukan mereka masih belum stabil.

Polemik tersebut berpunca daripada kehadiran dua ADUN BN, iaitu Datuk Abd. Muis Picho (Sebatik) dan Datuk Hamisa Samat (Tanjong Batu) di kediaman Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohd. Shafie Apdal tengah hari ini yang dipercayai bertujuan membincangkan penubuhan kerajaan di bawah Warisan.


Permainan ‘tarik tali’ antara kedua-dua pihak ini bermula selepas suara rakyat yang diterjemahkan di dalam peti undi menyaksikan BN mendapat 29 kerusi, Warisan (29) manakala Star dua kerusi seterusnya menyebabkan tiada parti yang berjaya mendapat majoriti mudah.

Tindakan dua ADUN Star diketuai Presiden Star, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menyatakan sokongan bekerjasama dengan BN semalam membolehkan mereka memperoleh 31 kerusi, bagaimanapun jika benar spekulasi ada dua ADUN BN yang menyertai Warisan, maka kerajaan yang ditubuhkan semalam tidak lagi sah.

Terbaharu, Jeffrey dalam sidang akhbarnya petang ini menyatakan beliau dan semua ADUN BN termasuk Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman merangkap Pengerusi BN Sabah akan meninggalkan parti masing-masing iaitu UMNO dan Star untuk menyertai satu parti tempatan dipercayai Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi mentadbir Sabah.

Jika cadangan itu direalisasikan bermaksud BN dan UMNO akan berkubur di Sabah. Tetapi dalam politik apa-apa sahaja boleh berlaku. Selain itu, kerajaan campuran BN-Star juga dikatakan sedang berusaha memastikan enam ADUN yang boleh dilantik oleh kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam undang-undang tubuh negeri dapat mengangkat sumpah bagi memastikan majoriti mereka kukuh menjadi 37 berbanding hanya 29 milik Warisan.

Apa pun kisah seterusnya di sebalik kekalutan ini, pihak yang menubuhkan kerajaan diharap dapat menunaikan tanggungjawab mereka memimpin rakyat Sabah di landasan yang tepat. - UTUSAN ONLINE

4 comments:

kerenggge said...

Sebab tu lah style org Sabah. Kurang tetap pendirian dan dot dot dot... RM. He².
Tapi rasanya rkyt kbykn byk yg dah berubah kot, mcm ada harga diri tapi harap² Sabah baru, Malaysia baru buat pimpinan mereka turut berhati baru. Klau masih style kerajaan lama, susahlah nk tengok Sabah berubah.
Keduanya, apa² Benda yg berubah di Sarawak, Sabah akan ikut.
Saya lebih respek style pemimpin Sarawak. Jitu & bijaksana dalam berpolitik

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...Benarlah kata orang-orang diluar sana...tiada istilah "kawan baik" dalam dunia politik.

Unknown said...

Orang SABAH ini lebih matang dalam berpolitik.
Mereka tahu, kalau membentuk kerajaan di bawah UMNO/BN,
mereka jadi NEGERI PEMBANGKANG, bagaimana nak tuntut HAK SABAH
di bawah undang-undang tahun 1963, kecuali mereka duduk di
bawah kerajaan PUSAT, barulah tuntutan dipertimbangkan.
Jadi, jangan heranlah nanti akhirnya SEMUA MASUK HARAPAN!!!!
Sarawak menunggu masa je untuk istihar diri keluar dari BN.
Tinggallah kamu PAS terkontang kanting.
HAHAHA

Anonymous said...

Pas istikomah perjuangkan islam. Cik minah bawalah bertaubat jng fitnah dan kenapa cik minah suka kaitkan pas walaupun isu tak melibatkan pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails