Wednesday, May 09, 2018

Mahathir Akan Kalah Sekitar 1500 Undi Di Langkawi.



Semalam ada niat nak ulas kajian INVOKE, Ilham Centre dan juga Merdeka Center (Hanya kajian Merdeka Center yang boleh diambil kira sebab sangat sedikit 'bias'). Nak banding kajian ini dengan sistem culaan PAS yang dilakukan oleh orang kampung setiap lokaliti pengundi yang mereka ini cula setiap pengundi berdasarkan buku pengundi SPR. 


Mereka kenal setiap pengundi satu demi satu di mana mereka berada, apa pekerjaaan mereka, sekarang ini mereka ada dimana dan apa posisi politik mereka. Mereka labelkan dengan A, B, C, D, E, F... dan seterusnya dengan makna tersendiri... Misalnya F makna 'fail' iaitu pengundi ada nama dalam buku daftar pemilih tetapi tidak dapat dikesan dimana mereka berada...

Tapi masa agak suntuk, lebai ulas ringkas ajelah!!


Mereka sebenar sudah tahu apa keputusan di LOKALITI masing-masing. PARLIMEN -- DUN -- PETI UNDI --- LOKALITI -- TEMPAT MENGUNDI --- SALURAN MENGUNDI.

Kekuatan PAS ialah mereka mempunyai 196 Kawasan (parlimen 196/222) yang mempunyai keahliaan yang baik. Daripada 196 Kawasan ini ada sekitar 700 DUN dan ada lebih kurang 5,600 Peti Undi dan ada sekitar 1,200 Lokaliti.

Jika Kawasan ini bergerak degan baik, sistem culaan berjalan dengan lancar. Maka PAS sebenarnya tahu kekuatannya dan mungkin sudah dapat gambaran awal sebagai asas samada KALAH atau MENANG di PARLIMEN atau DUN berkenaan. 





Lebai pergi melawat satu LOKALITI mengundi yang mempunyai pengundi sekitar 1,244 orang. (lokaliti lebih kecil daripada Peti Undi adalah pecahan DUN). Ini adalah gambar peta cula di Bilik Gerakan lokaliti berkenaan. Tempat ini sulit tak semua orang PAS pun boleh masuk. Jangan tanya kenapa lebai boleh masuk dan ambil gambar!!

Berdasarkan buku culaan yang diberikan oleh SPR, mereka akan nombor bilangan ahli rumah yang boleh mengundi mengikut buku SPR. Mereka akan kesan dimana mereka ini berada.

Yang buat kerja ini...
Seorang sahaj yang ada lulusan U dengan kemahiran komputer tinggi. Yang lain semuanya "tak sekolah" tapi komitmen dan istiqamah sangat tinggi. Mereka korbankan diri, jiwa dan keluarga mereka untuk perjuangan Islam demi mendapatkan redhaan Allah s.w.t. Mereka bukan oang politik yang memeta melihat kerjayaan jika bersama DAP ke?? Kita korban Islam kita sedikit ke?? ... Mereka bukan macam itu.

Tapi bila tanya macam mana culaan??
Mereka jawah Usof, anak Pak Da jual Kerepek tepi jalan tu, 6 bulan tak pernah balik. Tapi difahamkan balik mengundi dan mengkin pangkah DACING (BN).

Ya ke? tanya lebai.
Namanya dah ada dalam senarai markaz UMNO dapat RM300 untuk pengundi luar.

Lebai tanya lagi, Eeh betul ke?
Dia jawab kitakan ada Isham... dia beritahu semua.

Siapa Isham (Hishamuddin)?
Dia adalah PGS PAS. PGS adalah singkatan untuk kumpulan "Gerak Saraf" PAS yang menyusut masuk ke parti lain untuk dapatkan maklumat.

Hebat lebai kata...
Apa ingat pakai kain pelikat bodoh ke.. Tak boleh memerintah??

Lebai tersenyum.. kami habiskan roti bakar dan kopi o.. Dulu masih ingat markaz atau bilik gerakan PAS sekadar ada biskut kering aje... Tapi kini meja penuh dengan kuih muih.. Mungkin kot duit RM90 juta... he he 


Itu realiti PAS bukan kajian khayalan INVOKE kajian untuk bina persepsi aje.

Lebai dapat maklumat daripada bilik gerakan PAS di Langkawi bahawa Mahathir kalah 1,500 undi. Ok Malam ini kita lihat betul atau tidak.

Lebai Hassan Omar 


UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.
  PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP bersembunyi di bawah lambang PKR, parti sekular dan sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

3 comments:

Unknown said...

Tak payah nak ramal-ramallah Ustad.
Dah terlewat.
Malam ni tahulah keputusannya.
Jadi, bersabarlah menunggu, tinggal 10 jam je lagi.

Anonymous said...

Haah betul mcm pan pergi melantik dap sbg guru agama mereka. Dah lah liberal lepas tu penuh dgn rasuah..

Anonymous said...

Kah kah kah... perisik ntah ape2.... isham dgn lebai.. kah kah.. poyo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails