Thursday, May 10, 2018

Kedah: BN 3, PAS 15, PKR 18.. PAS Pusat Tentukan PAS Kedah.




ALOR SETAR: PAS Kedah menyerahkan kepada kepemimpinan pusat untuk menentukan kedudukan serta peranan parti itu di peringkat negeri, selepas hanya memenangi 15 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi, berkata walaupun gagal membentuk kerajaan selepas gabungan pakatan pembangkang memenangi majoriti 18 kerusi DUN, mereka melihat pencapaian PAS pada kali sangat memberangsangkan.


"Apa jua keadaan sekali pun kita akan menunggu perbincangan daripada kepimpinan PAS pusat untuk meneliti tindakan yang sebaiknya bagi kita di peringkat negeri Kedah.
"Jika kita terus menjadi pembangkang sekali pun, kita akan tetap menjadi pembangkang yang kuat dan paling mustahak adalah kestabilan politik bersama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, di sini hari ini.
Ahmad Fakhruddin berkata, pencapaian PAS Kedah juga menunjukkan bahawa parti itu juga mampu memberikan saingan yang sengit kepada lawan, serta menafikan kajian yang dibuat oleh pihak tertentu yang meragui kekuatan PAS pada PRU kali ini.
"Memenangi 15 kerusi DUN adalah suatu pencapaian yang baik, ditambah pula kita berjaya meningkatkan penguasaan di tiga kerusi Parlimen iaitu di Jerai, Pendang dan Sik.
"Ini jelas bahawa kita tidak bergantung kepada kajian pihak luar, sebaliknya kajian yang dilakukan oleh kita berjaya membuktikan kita mampu memberikan saingan dalam memenangi hati rakyat," katanya.
Ahmad Fakruddin dalam perkembangan lain akur dengan kekalahannya kepada Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Kedah, Dr Ismail Salleh, di kerusi DUN Pengkalan Kundor dan menganggal ia sebagai motivasi kepada dirinya untuk terus bekerja keras dalam memastikan PAS Kedah berjaya pada PRU akan datang.
"Saya berlapang dada atas kekalahan ini dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada jentera PAS yang banyak bertungkus-lumus membantu saya dalam PRU ini.
"Walaupun wujud pergolakan dalaman PAS, kita berjaya mewujudkan satu kerja berpasukan dengan baik dan berjaya juga merampas semula Terengganu di samping mengekalkan penguasaan di Kelantan," katanya. (BH)


1 comment:

Anonymous said...

Barua-barua pakatan wayang telah mencipta pelbagai fitnah untuk menfitnah dan menburuk-burukkan Parti Islam PAS dan menghasut orang ramai membenci PAS secara membabi buta tetapi mereka gagal menghapuskan PAS.

Alhamdulillah parti Islam PAS pimpinan ulama Islam telah mendapat kemenangan yang jauh lebih besar dari kemenangan PRU13 yang amat mengejutkan pemimpin dan barua pakatan wayang dan BN.

'Kajian' invoke yang meramalkan konon PAS akan dapat 0 kerusi adalah ramalan karut yang tidak berdasarkan fakta.

Sesungguhnya benarlah peranan PAS sebagai king maker di Kedah dan Perak.

Tahniah dan syabas kepada parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Nota: Puak Melayu yang sokong pakatan jangan terlalu gembira sebab pakatan boleh mengubah perlembagaan negara. Siapakah yang akan rugi jika ini berlaku?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails