Monday, May 07, 2018

Iktiraf LGBT Sebagai Penanda Sebuah Negara Maju? Otak Mereka Dijajah..



54 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang termasuk dalam Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (COMANGO) atas dakwaan melakukan fitnah yang boleh menghancurkan negara.

Laporan COMANGO telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar negara-negara Eropah supaya mendesak Malaysia mengiktiraf golongan LGBT, kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk murtad.

Perkara ini secara jelas telah mendapat sokongan padu dikalangan ahli pemimpin Pakatan Harapan yang mana amat bersetuju dengan mengiktiraf terhadap golongan gay dan LGBT serta  membenarkan  hak-hak kebebasan untuk murtad.

Tindakan ini sekali gus  bertujuan untuk membelakangkan  agama Islam sebagai agama Persekutuan yang seharusnya mereka hormati. Ancaman terhadap  Islam amat jelas dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan  atas nama hak-hak asasi manusia.

Budaya barat serta konsep kehidupan ala barat yang mana membelakangkan nilai kemanusiaan terus diperjuangkan oleh  pembangkang dalam Negara ini. Perkara ini dapat dibuktikan lagi dengan  perdebatan  Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan Ahli Parlimen Tanjung Karang di Parlimen.

Tindakan mereka bukan sahaja menghasut rakyat supaya bersikap anti establishment, bahkan mereka juga melobi negara-negara anggota PBB supaya menekan Malaysia mengiktiraf perkara-perkara yang bercanggah dengan agama Islam dan perlembagaan Negara.

Gerakan COMANGO yang disokong oleh pihak pembangkang tidak akan berhenti di sini bahkan mereka akan meneruskan usaha jahat mereka di masa-masa akan datang. Jika mereka dibiarkan tanpa disekat, negara boleh huru-hara.

Kumpulan penyokong LGBT sejak kebelakangan ini secara terbuka mahu menegakkan kegiatan seks songsang  termasuk cuba menganjurkan program mempromosi seks bebas, Seksualiti Merdeka pada tahun 2011.

Bukan itu sahaja cabaran getir sedang menanti umat Islam dalam Negara ini apabila bersekongkol dengan agenda DAP yang anti Islam sedang menular dalam kepartian DAP yang berfahaman Sosialis yang membawa dasar liberal.

Liberalisme dalam politik maksudnya mengurangkan kuasa pemerintah dan meluaskan ruang kebebasan. Peranan kerajaan dalam sistem demokrasi ialah untuk menjaga kebebasan individu bukan menjadi tuan yang mengurniakan kebebasan kepada sesiapa yang dia kehendaki dan menahannya dari sesiapa yang dia kehendaki.

Itulah intipati perjuangan golongan liberal demokrasi, pejuang hak asasi manusia dan mereka yang menjunjung slogan reformasi. Demikian maksud “kuasa rakyat” yang dilaung-laungkan. Isu-isu berkaitan dengan good governance menjadi pokok pertikaian atau landasan perjuangan.

Persoalan, bolehkah nanti berlaku transformasi daripada demokrasi sekular yang menyamaratakan kedudukan agama kepada Islam yang dianggap oleh pendokong demokrasi sebagai “theocratic”? Ini merupakan satu cabaran yang amat besar yang harus diitangani oleh pencinta politik Islam.

Kalau puak-puak DAP dan Pakatan Harapan  berjuang atas landasan hak asasi manusia maka puak Islam pula berjuang atas asas Islam yang  seakan-akan mempersetujui perkara yang sama.

Buat ketika ini terdapatnya kecenderungan  perjuangan Islam untuk berpada dengan menghadkan objektif  mereka untuk menegakkan cita-cita politik Islam dengan dalam rangka memperelokkan amalan demokrasi di sesebuah negara. Ada sesetengah mengistilahkannya sebagai jihad demokrasi.

Dalam memastikan keadaan Negara terus aman bebas dari gejala yang amat dimukai Allah ini dan membelakangkan fitrah manusia, sudah pastinya kerajaan harus mmeikirkan satu kaedah yang terbaik untuk mengekang budaya songsang ini dari terus berluasa  merebak serta memusnahkan generasi Negara ini. – pru14.tv
Imej yang berkaitan

Komen Weblog Ibnu HasyimIktiraf LGBT sebagai penanda aras sebuah negara maju? Itulah cara fikir mereka yang kepala otaknya dijajah oleh puak-puak anti Islam, tak kira samada puak kerajaan atau pembangkang. Kecuali orang-orang yang memilih cara hidup Islam, politik, ekonomi dan sosial Islam.

Yang pastinya mereka mengundi parti Islam. Jom undi PAS sebagai solusinya. Ada 2 hari lagi untuk mengundi..

UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.
  PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular &sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

6 comments:

Borhan Sharif said...

Ini maseh era BN.. bertindak lah...
Nanti era PH.... PASTI KAMI BETULKAN KEKELIRUAN MINDA GULONGAN NI....

Anonymous said...

Bukankah selama ini pakatan membela atheis, LGBT, liberalisme dll ?

Anonymous said...

LGBT = Pasakit mental yang gagal menerima jantina asal mereka kerana mereka menyembah hawa nafsu serakah mereka sendiri.

LGBT = Sumber utama penyebaran penyakit AIDs dan HIV.

Anonymous said...

Buat masa ini, takde esesiapa yg mengiktiraf golongan LGBT, Homoseksual, Sumbang Mahram, Lesbian, Pondan, Gay, Rogol, Seks Bawah Umur dll.

Hanya individu perseorangan sahaja yang memperjuangkan golongan anti-positive life ini dan mereka memperalatkan beberapa NGO tapi sehingga kini mereka belum berjaya.

Harap maklum.

Anonymous said...

Puak LGBT dan pembela dan penyokong mereka berusaha membawa kita semua kembali ke zaman Nabi Lot supaya kita semua ditimpa bala dan azab.

Celakalah puak pesakit mental ini.

Anonymous said...

DAP Malaysia | Stop bigotry and hatred against the LGBT people - dapmalaysia.org

Bukankah ini bererti DAP mengiktiraf dan membela LGBT?

Sudah terang lagi bersuluh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails