Thursday, May 10, 2018

Dr Ahmad Samsuri Angkat Sumpah MB Terengganu




KUALA TERENGGANU, 24 Syaaban 1439H, Khamis – Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang malam ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.
Ahmad Samsuri, 48, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini, sebentar tadi.
Beliau yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan pemegang Doktor Falsafah Aero-Engine dari University of Leeds, United Kingdom.
Bapa kepada enam orang anak ini turut memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, selain antara penganalisis bagi insiden pesawat Malaysia Airlines MH370 dan MH17.
Beliau adalah antara calon yang dinamakan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu, selepas PAS berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semalam.
PAS mengulangi sejarahnya pada 1959 dan 1999 apabila berjaya memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN Terengganu, menewaskan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.
Antara Menteri Besar Terengganu sejak 1959 ialah Mohd Daud Abdul Samad dari PAS (1959-1960), Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad dari UMNO (1960-1970),
Datuk Mahmood Sulaiman dari UMNO (1970-1971), Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman dari UMNO (1971-1974), Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dari UMNO (1974-1999), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS (1999-2004), Datuk Seri Idris Jusoh dari UMNO (2004-2008), Datuk Seri Ahmad Said dari UMNO (2008-2014) dan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dari UMNO(2013-2018).

3 comments:

Anonymous said...

Komen-komen yang ditulis oleh nobody sangat jelas menunjukkan 'nobody' adalah pesakit mental yang kronik. Komen-komennya penuh dengan maki hamun, sumpah seranah, fitnah dan lucah yang ditujukan kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam. Bahkan 'nobody' menghina ajaran Islam dalam pelbagai komennya maka kita tidak terkejut jika 'nobody' adalah seorang kafir harbi.

Semua dakwaan karut tanpa bukti ciptaan 'nobody' membuktikan 'nobody' adalah penjaja fitnah yang mengidap penyakit mental. Dan penyakit mentalnya semakin teruk apabila puak 'nobody' kalah teruk di Kelantan dan Terengganu dengan bilangan kerusi 0. Bahkan towkay audio pun kalah !

Anonymous said...


Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan Islam PAS Terenggan dan Kelantan.

Semoga Allah memberikan rezeki, rahmat, kebaikan, perlindungan dan hidayahNya kepada kerajaan Islam PAS dan umat Islam yang telah menyokong PAS sehingga parti Islam PAS pimpinan ulama Islam mendapat keputusan PRU14 yang cemerlang di Terengganu dan Kelantan dan menjadi king maker di Perak dan Kedah dan bilangan kerusi PAS meningkat di Pahang dll.

Tukang tilik nasib pakatan wayang telah membuat ramalan kononnya PAS akan kalah teruk di seluruh negara sehinggakan tidak mendapat sebatang kerusi. Inilah cerita dongeng yang disebarkan oleh barua-barua pakatan.

Alhamdulillah Allah telah menggagalkan fitnah dan ramalan syirik puak pakatan !

Anonymous said...

Komen-komen 'nobody' jelas menunjukkan 'nobody' adalah pesakit mental yang kronik iaitu manic bipolar ! Selepas puak 'nobody kalah teruk di Kelantan dan Terengganu dengan bilangan kerusi 0, penyakit mental 'nobody' semakin kronik sehinggakan 'nobody' meroyan gila babi kerana 'nobody' terlupa makan ubat dalam musim PRU 14.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails