Friday, May 11, 2018

Cabaran Awal Kerajaan PH

Post Pic
[ULASAN] “Saya perlu berurusan dengan presiden empat parti dan ini tentu memeningkan,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akhbarnya pada dinihari 10 Mei yang menyaksikan tewasnya Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Sesungguhnya memang itulah realiti baru bagi negara. Sejarah baru tercatat dalam politik Malaysia apabila pihak pembangkang akhirnya beralih tempat duduk dalam Dewan Rakyat sebagai kerajaan baru.

Perkembangan ini mengakhiri monopoli kuasa Barisan Nasional di peringkat kerajaan pusat sejak 61 tahun lalu.
Bagaimanapun Dr Mahathir memahami bahawa cabaran yang akan dihadapi kerajaan baru yang akan dipimpinnya berbanding pengalaman beliau memimpin Umno-BN sebelum ini. 
BN mempunyai parti komponen yang dominan iaitu Umno. Justeru agak mudah untuk beliau membuat keputusan. Sebaliknya PH berteraskan konsep kepimpinan konsensus tanpa kira saiz parti anggotanya. Soal sensitiviti setiap parti perlu diambil berat. 
Tambahan pula ia mempunyai anggota parti yang bersifat ideological iaitu Amanah. Parti serpihan PAS itu sejak mula penubuhannya bertekad menjadi parti Islam untuk menggantikan PAS.
Adakah Amanah yang mempunyai sumbangan kecil pada total kerusi parlimen Pakatan Harapan akan banyak membuat desakan seperti PAS ketika zaman BN awal-awal ditubuhkan dahulu?
PH juga sudah menambah bilangan komponennya meliputi parti Warisan dari Sabah yang menokok 8 lagi kerusi Parlimen. Ini belum mengira satu lagi kerusi UPKO serta tiga ahli Parlimen Bebas. 
Namun ini nampaknya tidak sedikitpun menggusarkan Dr Mahathir kerana pengalaman luasnya memimpin BN yang lebih majmuk apabila mengambil kira politik kepentingan Sabah dan Sarawak.
Lantaran itu, adalah menarik untuk memerhatikan bentuk dan komposisi kabinet pertama Dr Mahathir yang dijanjikan oleh PH lebih “langsing dan terarah” sebelum PRU baru lalu selepas mengangkat sumpah petang Khamis ini.
Pada keseluruhannya PH kini memasuki era bekerja dan kurang bercakap demi mewujudkan sebuah negara yang ditadbir berpaksikan semangat dan syarat undang-undang. Kini soal kesetiakawanan dan wala’ setiap komponen PH akan teruji. 
Aspirasi rakyat ialah soal tawar-menawar politik ini haruslah diselesaikan segera agar impian mereka mahu kerajaan baru yang mampu menguruskan negara secara lebih berkesan dapat dicapai segera. (Antarapos)

3 comments:

Anonymous said...

Kajian yg dilakukan oleh prof kamarulzaman ph dijangka mng besar pru15! Dijangkakan dlm waktu terdekat hadi akn temui pm utk bina kerajaan campuran dikelantan dn terengganu.hadi kena akur pas tk punya dana yg cukup utk bangunkn 2 negeri tersebut.prof kamarulzaman turut berpendapat bahawa pas wajar gugurkn ruu335 kerana sudah tk bawa erti pun.pas hanya menguasai tempat2 yg majoritinya melayu seperti kltn dn trngganu.dinegeri penduduk yg bercampur mdreka dilihat tk mendpt sokongan.

Anonymous said...

Keputusan PRU14 jelas menunjukkan:

(1) majoriti kaum Melayu di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu amat mementingkan agama Islam dalam kehidupan mereka dan mereka sanggup menolak apa sahaja termasuk PH yang bertentangan ajaran Islam. Mereka adalah Muslim yang cintakan Allah dan RasulNya.

(2) Sebilangan kaum Melayu di pantai barat dan selatan adalah penganut sekular liberal yang lebih mementingkan kehendak keduniaan mereka dari agama Islam.

Walaupun pakatan wayang roket menentang dan menghina Islam, mereka tetap mengundi pakatan.

Allah telah berfirman yang bermaksud:

QS. 4. An-Nisaa' : 144.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" (Surah An Nisa: 144)

Jika PAS berkuasa , mereka bimbang kedai nombor ekor, kelab malam, disko, arak, pusat maksiat dll akan ditutup atau dihadkan kepada orang kafir sahaja.

Walaupun pakatan wayang roket menentang dan menghina Islam, mereka tetap mengundi pakatan.

Allah telah berfirman yang bermaksud:

QS. 4. An-Nisaa' : 144.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" (Surah An Nisa: 144)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails