Sunday, May 06, 2018

Bukan Tukar BN, Tapi Tun M Cuma Nak Tukar Najib Aje.. -Preiden PAS.




KUAALA TERENGGANU: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Tun Mahathir tidak mahu menukar pemerintahan namun hanya sekadar ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib Razak.

“Langkah dia semata-mata nak menjatuhkan peribadi Perdana Menteri bukan nak mengubah sistem.
“Dengar baik ucapan dia, semata-mata menyerang peribadi Dato’ Seri Najib, nak turun Dato’ Seri Najib dari Perdana Menteri, bukan nak ubah pemerintahan,” ujar beliau dalam Program Bicara Santai Bersama Ayoh Chik dengan UAI di Taman Shahbandar di sini, petang tadi.

Katanya, masalah sekarang bukan bersifat individu namun ianya bersifat menyeluruh iaitu seluruh pemerintahan mesti diubah sistemnya.

“Masalah kita bukan masalah orang, masalah nak ubah pemerintahan negara kepada Islam, kepada yang lebih baik, bukan masalah orang,” kata beliau.

Beliau menambah Mahathir bergabung dengan DAP yang menentang pelaksanaan Islam dan juga bersama dengan puak Islam liberal.

“Islam yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Orang Islam, mengaku Islam tapi kritik Islam ni banyak yang tak betul hukum Islam ni,” kata beliau menjelaskan sikap golongan Islam liberal.
chik2
chik1
PAS nak ubah cara pemerintahan

Tambahnya, PAS memiliki dasar perjuangan dan bukannya mahu berebut kuasa semata-mata. 

“PAS nak supaya kerajaan mengubah cara pemerintahan.
“Tok Guru Nik Aziz pun pernah kata kalau kerajaan ubah (ke) cara Islam sepenuhnya kita bubar PAS, Tok Guru Nik Aziz cakap begitu,” ujar beliau menghebahkan pendekatan yang dibawa oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu ketika dahulu.

Jelas beliau, PAS meletakkan pendekatan memerintah dengan Islam bukan hanya untuk berebut kuasa. – HARAKAHDAILY 5/5/2018
SIK: PAS Kawasan Sik berjaya melakar satu sejarah dengan penubuhan cawangan baru dalam Dun Belantik ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14, di sini semalam. Cawangan diketuai oleh Saidin Judin. 
Majlis penyerahan borang keahlian seramai 43 pemohon itu telah diadakan dalam satu Majlis Ceramah Perdana PRU14 kepada calon PAS N.23 Belantik, Ustaz Md Isa Shafie.


8 comments:

Anonymous said...

Sayng betul pemimpin ya kat najib. Maknanya dah bole begabunglah ya lepas ni. Berkesan betul tuang prwsideng sebagai penasihat. Tahniah pas

Anonymous said...

Kenapa ya yang nak islam taknak kejasama dengan bekas pencuri utk tangkap pencuri. Musykil juga ya. Beria2 nak petahan pencuri gamaknya.

Anonymous said...

PAS menentang PH dan BN dalam PRU14 membuktikan PAS tidak bersekongkol dengan BN. Bahkan PAS tidak akan bersekongkol dengan PH yang bersekongkol dengan parti kafir harbi DAP.

Anonymous said...

Jangan jadi tak berapa ceredik kami nak tukar kerjaan kepada kerajaan berlandaskan islam setakat jatuhkan najib tak ubah dasar kerajaan maka sama aja humban najib naik tun m sama2 pencuri dan dasar tetap sekuler kena faham perjuangan tun m untuk memerintah semula dng dasar sama mungkin lebih merugikan islam. Bukan pertahankan pencuri. Dipekan pas sahaja yang beriya2 lawan tapi ph cuma kacau dimana pas berkempeng usaha ph lebih pada buruk2kan pas macam ada usahasama taknak pas menang tapi tun m kata nak jatuhkan najib tapi di pekan ph berusahasama dng umno lawan pas. Tak caya datang pekan bilalah tun m nak berkemping di pekan.

Anonymous said...

Bekas pencuri itu belum pulangkan berbillion RM kepada rakyat dan negara. Ertinya dia masih lagi seorang pencuri yang hidup mewah di atas penderitaan rakyat.

PAS tidak akan berkerjasama dengan pencuri kerana pencuri ini layak dipotong tangan mengikut hudud.

Maka yidak hairanlah pencuri dan penyokong pencuri ini menentang Hudud.

Anonymous said...

Puak libral mmg anti perjuangan islam buat fitnah yang sama dah hampir 10th. Yg puak libral tahu fitnah tghh fitnah pas ug dng umno tapi banyak tempat ph nampak mcm berpakat lawan pas. Contoh diklantan kempen puak ph fitnah pas tapi umno sikit pun tak sebab sama2 fahaman yang sama bagi ph dan umno janji pas kalah.

Anonymous said...

Sbb bekas pencuri tak dihukum malah nak dilantik semula sebagai kepala pencuri.

Anonymous said...

Oo bila tengok video ucapan tuang presideng masa pru13 lain aje. Tadi ada statemn pr3siden kata tak nak rebut kuasa dan cuba nasihat pemimpin yang ada. Macaman nak dakwa bekas pencuir dan nak tangkap pencuri kalau takda kuasa. Nak ke pencuri tu makan nasihat. Takut2 begabung sama. Nauzubillah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails