Monday, May 07, 2018

3 Hari Lagi, 50-50 Untuk PH Kekal Di PP. Siapa Penentu? Lihat Analisis Ini..

Kedudukan kerusi di Pulau Pinang pada PRU-13 lalu ialah DAP 19, PKR 10, PAS 1 dan BN 10. Jumlah keseluruhannya adalah 40 kerusi. Manakala kedudukan kerusi pada PRU-12 (2008) ialah DAP 19, PKR 9, PAS 1 dan BN 11.

DAP dapat 19 kerusi daripada 22 kawasan majoriti Cina lebih daripada 50%. Itu belum lagi ambil kira kedudukan masyarakat India yang mana ada 8 kawasan daripada 22 tadi masyarakat India mempunyai pengundi lebih daripada 15%.

Ini bermakna hanya 14 kerusi sahaja DAP boleh goyang kaki memang dia orang akan dapat pada PRU-14 ini. 14 kerusi tidak cukup untuk memerintah Pulau Pinang kerana DAP memerlukan 21 kerusi.

PKR menang 10 kerusi 4 di kawasan majariti Cina, 2 di kawasan Cina + India lebih daripada 50% dan 4 di kawasan Majoriti Melayu.

4 Kerusi PKR itu sebenarnya di Kawasan 22 majoriti Cina. 
Tiada calon DAP yang menang di kawasan pengundi Cina kurang daripada 50% dan memang DAP tak bertanding di kawasan pengundi Cina kurang daripada 50%.

Ini maklumat ringkas daripada PRU-13 yang boleh kita fahami. Yang tak tercatat bermakna DAP menang Dun itu.

Sungai Puyu
Cina 85%
India 7%

Bagan Jermal 
Cina 68%
India 15%

Bagan Dalam 
Cina 51%
India 24%

Berapit
Cina 86%
India 11%

Machang Bubuk  -- PKR
Cina 52%
India 11%

Perai
Cina 52%
India 36%

Bukit Tambun  -- PKR
Cina 67%
India 19%

Jawi
Cina 54%
India 24%

Tanjung Bunga
Cina 77%
India 15%

Air Puteh
Cina 82%
India 8%

Kebun Bunga  -- PKR
Cina 77%
India 15%

Pulau Tikus
Cina 78%
India 8%

Padang kota
Cina 78%
India 16%

Pengkalan Kota
Cina 94%
India 5%

Komtar
Cina 82%
India 8%

Dato Keramat
Cina 57%
India 14%

Sungai Pinang
Cina 54%
India 14%

Batu Lancang
Cina 86%
India 6%

Seri Delima
Cina 66%
India 11%

Air Itam
Cina 69%
India 9%

Paya Terubong
Cina 82%
India 11%

Batu Uban  -- PKR
Cina 60%
India 13%

.............

Bukit Tengah  -- PKR
Cina 45%
India 18%

Pantai Jerejak  -- PKR
Cina 48%
India 11% 

DAP perlukan 7 kerusi lagi untuk kekal memerintah negeri Pulau Pinang. Adakah calon HARAPAN boleh dapat 7 kerusi berkenaan.

Mari kita lihat pembahagian kerusi di Pulau Pinang oleh HARAPAN.

DAP kekal bertanding di 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula akan bertanding di 14 kerusi iaitu di Teluk Air Tawar, Pinang Tunggal, Seberang Jaya, Penanti, Macang Bubuk, Bukit Tengah, Bukit Tambun, Sungai Bakap dan Sungai Acheh di tanah besar, dan Kebun Bunga, Batu Uban, Pantai Jerjak, Batu Maung dan Pulau Betong.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding di empat kerusi DUN, masing-masing di Penaga, Bertam, Permatang Berangan dan Teluk Bahang 

Manakala Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding di tiga kerusi iaitu di kawasan Sungai Dua, Permatang Pasir dan Bayan Lepas.

Mari kita lihat secara kasar kekuatan BERSATU

N1 PENAGA 
Jumlah Pengundi: 16,681
Mohd Zain Bin Ahmad (BN) - 8,350 
Rosidi Bin Hussain (PAS) - 6,688
MAJORITI: 1,662
Jumlah Undi: 15,206 | Peratus mengundi: 91.16% | Undi Rosak: 168
Penyandang: Datuk Azhar Ibrahim - Maj: 1,231 
91% Melayu dan 9% Cina.

Kalau PAS boleh kekal penyokongnya sahaja iaitu sekitar 5,000 undi. HARAPAN dan BN boleh kalah.

N2 BERTAM 
Jumlah Pengundi: 16,221
Shariful Azhar Bin Othman (BN) - 7,939 
Syed Mikael Rizal Aidid (PAS) - 6,297
MAJORITI: 1,642
Jumlah Undi: 14,471 | Peratus mengundi: 89.21% | Undi Rosak: 235
Penyandang: Zabariah Abdul Wahab - Maj: 2,652 
Melayu 66% Cina 25% dan India 9%

PAS untuk dapat kawasan ini 50-50

N4 PERMATANG BERANGAN 
Jumlah Pengundi: 18,336
Omar Bin Haji Abd Hamid (BN) - 8,913 
Arshad Bin Md. Salleh (PAS) - 7,292
MAJORITI: 1,621
Jumlah Undi: 16,452 | Peratus mengundi: 89.73% | Undi Rosak: 247 
Melayu 83%, Cina 8% dan India 9%

PAS boleh dapat kawasan ini, jika undi HARAPAN dan BN hampir 50-50

N40 TELOK BAHANG 
Jumlah Pengundi: 13,048
Shah Haedan Bin Ayoob Hussain Shah (BN) - 6,034 
Abdul Halim Bin Hussain (PKR) - 5,233

MAJORITI: 801
Jumlah Undi: 11,434 | Peratus mengundi: 87.63% | Undi Rosak: 167 
Melayu 64% Cina 34% India 3%

Kedudukan di sini 50-50 untuk PAS, HARAPAN dan BN

Itu lebai belum lagi analisis 3 kawasan AMANAH (PAN) bertanding iaitu di kawasan PAS memang kuat termasuk PAS sentiasa menang kerusi berkenaan.

14 Kawasan PKR bertanding. Adakah PKR boleh dapat 7 kerusi?
Lebai jawab tak  boleh. Jika tak boleh ini bermakna HARAPAN akan tumbang di Pulau Pinang.

3 Hari Lagi.
Lihat apa yang lebai tulis ini betul atau tidak.

Jika Pulau Pinang tergantung agaknya DAP dan bergabung dengan PAS atau dengan BN? Sama-sama kita lihat UG yang akan berlaku di PP....



1 comment:

Anonymous said...

Baca komen dah tau puok PH ni. Pilitik kebencian dan syok sendiri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails