Monday, March 26, 2018

Tun M Tak Layak Jadi PM, Pemikiran Islam Tak Betul -Dr Kamarulzaman




Selepas dilabel sebagai ‘terkucil’, Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff terus lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad apabila tegas dengan pendiriannya bahawa Pengerusi PPBM itu tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, sebab paling utama bekas Perdana Menteri itu tidak boleh memegang jawatan nombor satu negara kerana pemikiran Islam Dr Mahathir adalah terpesong dengan Perlembagaan Malaysia.

Jelasnya, usia seseorang adalah bukan faktor terbesar untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya seorang Perdana Menteri wajib mempunyai kefahaman Islam yang betul, sepertimana yang tertakluk dalam Perkara 3 (1) - “Islam ialah agama bagi Persekutuan”.

“Berdasarkan rekod-rekod, ternyata Dr Mahathir tidak mempunyai kefahaman Islam yang betul kerana, seperti disebut oleh Almarhum Datuk Dr Haron Din, pemikiran Islam beliau adalah pemikiran golongan 'muktazilah' yang “mengutamakan akal dalam tindakan mereka dan sanggup membelakangi ayat al-Qur'an, al-Hadis dan apatah lagi pandangan ulama'”.

“Turut disebutkan oleh Almarhum betapa Dr Mahathir, waktu masih menjadi Perdana Menteri, telah mempertikaikan hadis yang sahih bahawa Nabi Muhammad menyimpan janggut di mana perkara ini, mengikut Almarhum, “boleh menjejaskan aqidah”, di samping boleh menyebabkan “ramai orang lain yang akan turut sesat sama” bila dikeluarkan,” demikian katanya, semalam.

Kamarul berkata, sikap Dr Mahathir mempertikaikan hadis dapat dilihat dalam banyak ucapan dan kenyataan beliau termasuk ia diakui sendiri oleh sarjana kontroversi Allahyarham Dr Kassim Ahmad dalam buku bertajuk “Mencari Jalan Pulang”.

“Persamaan antara Dr Mahathir dan Dr Kassim dalam mempertikaikan hadis ini turut didedahkan oleh Datuk Mohd Nakhaei Ahmad di dalam buku “Meniti Hari Menuju Senja” yang menyebut betapa, berdasarkan satu perbincangan mereka, Datuk Mohd Nakhaei mendapati “kemusykilannya menyamai apa yang difahami oleh (Dr) Kasim Ahmad”,” ujarnya.

Beliau menambah pendirian Dr Mahathir yang menolak undang-undang Islam seperti hudud dan hukuman sebat 100 kali dalam kenyataan yang dibuat beliau pada 19 Februari 2017 juga membuktikan tokoh politik vateren itu tidak boleh menerajui negara ini.

“Disebabkan tiadanya kefahaman Islam yang betul inilah maka Dr Mahathir, melebihi faktor usia beliau, sangat tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana ia tidak akan membolehkan ikrar untuk “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” sekali gus bagi membolehkan peruntukan “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dapat dilaksanakan,” katanya.

Kamarul berkata lagi, manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) juga langsung tidak menunjukkan sebarang komitmen yang parti itu mahu memartabatkan Islam sebagai agenda teras mereka.
“Dan ini jauh berbeza daripada Firman Allah di dalam Ayat 41 Surat Al-Hajj yang bermaksud: 
  • “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”,

” katanya.

Terdahulu, wacana yang dianjurkan di Shah Alam oleh sebuah akhbar tempatan bertajuk 'Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?' mencuri tumpuan selepas Dr Mahathir membuat kemunculan mengejut ketika forum tersebut sedang berlangsung.

Kamarul menggariskan 10 kayu ukur bagi menilai kemampuan Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri antaranya melibatkan aspek; perundangan, fizikal, genetik, mental, psikologi, demografik, intelektual, moral, falsafah dan spiritual.
- mD

Benarkah Kajian Ini?
Hasil carian imej untuk kajian keputusan PRU14

UNDILAH PAS dalam PRU14

8 comments:

Anonymous said...



HUKUM MENGINGKARI PERINTAH ALLAH DAN RASULNYA: KUFUR AKIDAH @ MURTAD

Allah telah memerintah semua manusia mentaati Allah dan RasulNya:

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).
(Al-Anfaal 8:20)

.... Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman".
(Al-Anfaal 8:1)

Maka jelaslah bahawa Islam adalah berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah (sebagai sumber utama ajaran Islam) dan Qias dan Ijma'.

Sesiapa sahaja yang dengan sengaja menolak, mempertikai, menghina, menentang, memburuk-burukkan, mempermainkan atau menafikan ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah, maka sesungguhnya dia telah membatalkan imannya sendiri (kufur akidah @ murtad) kerani dia telah menafikan Rukun Iman.

Sebenarnya sebilangan pemimpin Melayu dan pengikut mereka telah murtad kerana mereka dengan sengaja telah menolak, mempertikai, menghina, menentang, menafikan, memburuk-burukkan, mempermainkan atau menafikan ajaran Islam seperti Hudud dll yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah.

Bunga kenanga di atas kubur
Pucuk sari pandan Jawa
Apa guna sombong dan takabur
Rusak hati badan binasa


Asam kandis asam gelugur
dibeli orang di waktu malam
Menangis mayat dipintu kubur
Teringat mulut menentang Islam.

Kita menyeru mereka semua supaya mengucap dua kalimah syahadah, bertaubat nasuha dan meninggalkan kesesatan untuk selama-lamanya.

Kita bimbang seseorang yang mendakwa dirinya beragama Islam tetapi pada masa yang sama dia mengingkari perintah Allah dan RasulNya. Apabila dia mati, jenazahnya diuruskan sebagai orang Islam tetapi kuburnya yang sedang menunggu kedatangannya menjadi salah satu dari lubang-lubang neraka dan neraka pula merinduinya.

Bertaubatlah sebelum terlambat.



peminat ibnu hasyim said...

TERKINI][VIDEO] Dewan Rakyat gantung tiga wakil DAP hari ini


PARLIMEN l Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee hari ini menggantung tiga anggota parlimen DAP selama sepuluh hari selepas mereka gagal memohon maaf kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ronald berkata tindakan Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), dan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) adalah satu penghinaan kepada speaker yang melaksanakan tugasnya dan sehubungan itu, juga adalah satu penghinaan kepada parlimen.
"Oleh itu, saya mengarahkan anggota Beruas, Taiping, dan Batu Gajah untuk keluar dewan untuk sepuluh hari bermula 26 Mac 2018," katanya.
Pandikar, dalam satu surat 14 Mac lalu kepada ketiga-tiga pemimpin DAP itu berkata kata-kata mereka itu satu bentuk penghinaan kepada Dewan Rakyat dan memberi mereka peluang untuk memohon maaf secara terbuka di dalam Dewan.
Katanya, kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan tindakan tegas diambil.
Pandikar dilaporkan tersinggung dengan kenyataan mereka sebelum ini bahawa speaker tidak sepatutnya menjadi "sekutu untuk menutup skandal rasuah" dan “sebagai speaker, Pandikar gagal menegakkan kebenaran, justeru, perkara paling mulia untuk dilakukannya adalah meletakkan jawatan."
Ini susulan keputusan Pandikar yang menolak usul segera mereka berhubung isu rampasan kapal persiaran milik ahli perniagaan Jho Low dan soalan berkaitan 1MDB.
Kapal The Equanimity dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia di Benoa, Bali, akhir bulan lalu.
Pemfailan mahkamah oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat mendakwa kapal itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB. - mk
celahgelegar at 12:17 PM

Anonymous said...


Barua-barua ternakan sifu evangelis roket seperti ted manoffik telah gagal menafikan semua fakta ilmiah yang dikemukakan oleh Dr Kamarulzaman dalam suatu forum maka barua-barua dedak roket yang melatakkan otak pada lutut mereka dan bersikap emosional dan tidak rasional ini terus memfitnah dan memburuk-burukkan Dr Kamarulzaman !

Ini jelas menunjukkan pakatan pimpinan puak evangelis berkelakuan seperti manusia zaman batu yang tidak bertamadun !

Puaka Rimba said...

#AnaTahu, EntaTipu.
#AnaTahu, EntaSapu.
Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...


I know who you are Azren Al-Dedaki Roketi and what you did last summer ! You are a penagih tegar dedak cap roket !

Anonymous said...

Habih dah kangkung dari utara, dari universiti yang diwujudkan oleh Tun M. Tak ada kredibiliti lagi Cakap Melayu dah pun tak betul ini pula bahasa omputih dia bahasa longkang.

Yng lain tu dah tak tahu berhujah, tak guna otak pula. Semua yang nak jatuhkan BN semua dapat dedak? Bodoh, bangang dan bangsat punya pemikiran! Gelar oran barua, depa apa pula? Bagero?

Anonymous said...



Barua dedak roket 4:26 PM telah menulis fakta ilmiah apa yg kangkung bawa? sambil menghina fakta ilmiah dan memfitnah orang berkenaan !

Ini jelas membutkikan barua-barua dedak roket seperti 4:26 PM menulis membabi buta tanpa menggunakan otak walaupun mereka tidak mengetahui fakta ilmiah yang dibawa oleh orang berkenaan !

Jika barua2 ini berani, sila gunakan ilmu bukan emosi untuk menafikan setiap fatka ilmiah tersebut di sini. Ada beranikah?

Anonymous said...


Aku melihat barua-barua ternakan pakatan sedang meroyan gila babi mengutuk, memfitnah dan menghina ahli akademik kerana barua-barua bodoh berlapis-lapis ini telah gagal menafikan fakta-fakta ilmiah yang telah dikemukakan oleh ahli akademik tersebut !

Kebodohan barua terbukti apabila mereka menyerang peribadi ahli akademik bukan menggunakan ilmu untuk menafikan fakta-fakta ilmiah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails