Sunday, March 25, 2018

Terima Kasih Atas Sokongan, Pandangan &Teguran -Dr Kamarul Yusoff



Oleh Dr Kamarul Yusoff

Baru berkesempatan membaca komentar rakan-rakan sehubungan dengan isu yang dimainkan oleh para pentaksub Tun Dr Mahathir mengenai "keterkucilan" saya bila Tun Dr Mahathir datang menerjah Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM.

Saya tidak faham mengapa video troll ke atas diri saya yang kononnya berubah muka jadi "macam kena telan ubat gegat" ekoran kedatangan Tun Dr Mahathir yang disebarkan oleh Kelab Che Det ini begitu mendapat sambutan sehingga telah mencapai 2.3 juta tontonan dan 61 ribu perkongsian sedangkan hakikatnya di dalam video itu sendiri pun masih kelihatan yang saya terus konsisten berhujah selepas Tun Dr Mahathir datang.

Walau apa pun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan mahupun pandangan dan teguran yang diberikan oleh semua pihak kepada saya yang, insya Allah, akan saya gunakan untuk memperbaiki diri saya di masa hadapan.

Saya sebenarnya sangat terbuka dengan sebarang pandangan dan teguran, khususnya ke atas aspek penyampaian lisan saya, malah bila dijemput berucap, saya sendiri selalunya akan memaklumkan terlebih dahulu mengenai kekurangpetahan saya dalam berpidato bagi mengelakkan kehampaan pihak penganjur dan penonton, dan hanya bila saya tetap dijemput juga barulah saya akan hadir.

Saya bukanlah lahir dari kalangan keluarga yang mempunyai kebolehan berpidato yang baik dan saya sendiri sebelum ini tidak berusaha untuk mengasah dan memperbaiki kemampuan berpidato saya kerana saya memang tiada sebarang impian untuk mengubah kerjaya ke kerjaya seperti ahli politik atau pakar motivasi yang memerlukan kemampuan berpidato yang baik.

Terima kasih khususnya kepada sokongan dari dunia akademik, termasuk:

1. Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, yang menulis mengenai "hujahan (saya) yang baik dan well-researched" dan "next time stay cool, composed".

2. Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Mohamad Mustafa Ishak, yang menulis mengenai saya "presenting (my) argument based on facts", "Tun M should not make a come back" dan "the moderator was quite biased".

3. Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz yang menulis mengenai "(saya) orang yang hebat dalam bidang (saya)", "analisis (saya) padat" dan "analisis (saya) jelas dengan fakta yang ramai orang tidak mengerti".

4. Dr Muhaimin Sulam yang menulis mengenai "(saya) semacam dijadikan ahli gusti WWF yang dijadikan badut untuk dimalukan" dan "ternyata politik media yang dimainkan oleh Sinar Harian adalah sesuatu yang mengejutkan tetapi ia suatu yang tidak wajar".

5. Ahmad Farami Abdul Karim yang menulis mengenai "moderator tidak menunjukkan sikap tidak memihak", "dalam banyak situasi, beliau bersikap ofensif terhadap (saya) dan berhujah seperti panelis" dan "ada masanya (moderator) defensif seakan mewakili parti politik".

Terima kasih juga di atas sokongan dari dunia politik, termasuk:

1. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, yang menulis mengenai "seorang ahli akademik lazimnya bebas bercakap walau jarang menarik perhatian sesiapa tapi kali ini (saya) sangat berjaya mencuri perhatian", "ia satu kejayaan" dan "ternyata mesej (saya) sampai".

2. Ketua Penerangan PAS Malaysia, Nasruddin Hassan, yang menulis mengenai betapa, "walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan kiri dan kanan, namun (saya) masih berupaya menyampaikan pandangan dan hujah disokong dengan fakta yang kuat" dan "penghujahan yang diutarakan (saya) sahaja sudah cukup komprehensif dari segala segi dan selayaknya itulah laras yang perlu dibahaskan secara teliti".

3. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menulis mengenai "kepetahan saya berbicara tidaklah sehebat sebahagian penceramah yang hebat tetapi idea dan pandangan (saya) sangat bernas", "hujahan yang (saya) tampilkan dalam forum di Sinar Harian semalam sangat bernas dan akademik" dan "ia perlu dinilai menerusi neraca akademik bukannya neraca emosi".

4. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Datuk Nik Abdul Aziz, yang menulis mengenai betapa "(beliau) berbangga dengan (saya) kerana pandangan-pandangan intelektual (saya) terhadap politik tanah air", "'ada ubi ada batas' adalah doa (saya) sebagai seorang yang rasa dipermainkan atau diperangkap oleh 'tuan rumah'" dan "(beliau) amin-kan 10 kali".

5. Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang menulis mengenai betapa "Tun patut mari awal lagi waktu (saya) sebut fakta-fakta bagaimana Tok Guru sebagai orang tua yang patut tak jadi Menteri Besar, nyanyuk dan lain-lain" dan "insya Allah kebenaran akhirnya akan tertegak walaupun ramai yang masih dalam lamunan mimpi".

Sekali lagi terima kasih saya ucapkan kepada semua di atas sokongan, pandangan dan teguran dari semua pihak kepada saya, baik yang berbuat demikian atas nama pertubuhan, termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan, mahupun atas nama individu.

  جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا

FB
Dr. Kamarul Yusoff  



Benarkah Kajian Ini?Hasil carian imej untuk kajian keputusan PRU14
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS



1 comment:

Anonymous said...


Tahniah dan syabas kepada Dr Kamarul Yusoff sebagai ahli panel forum kerana beliau sentiasa bersikap professional dan bertindak cool menyampaikan fakta-fakta dalam suatu forum yang jelas bersikap prejudis terhadap Dr Kamarul Yusoff dengan memberikan tumpuan dan kemuliaan kepada Mahatir sedangkan forum sedang berlangsung. Sepatutnya kehadiran Mahatir tidak mengganggu forum yang sedang berlangsung.

Jika fakta-fakta Dr Kamarul Yusoff tidak penting atau tidak mempunyai impak yang besar, mengapa Mahatir perlu pergi ke forum tersebut? Ini bererti fakta-fakta Dr Kamarul Yusoff mempunyai kesan yang besar ke atas Mahatir sendiri.

Kita memahami sikap penyokong-penyokong Pakatan Tiada Harapan yang bertindak secara tidak rasional dengan memfitnah dan menghina Dr Kamarul Yusoff kerana penyokong-penyokong Pakatan Tiada Harapan ini adalah penyokong fanatik yang gagal membezakan antara baik dan buruk sehinggakan mereka menolak fakta-fakta ilmiah yang disampaikan oleh Dr Kamarul Yusoff.

Kita masih ingat lagi pemimpin PANIPU yang bernama Mike Selfie Amoi telah bersikap tidak rasional di atas pentas dengan menghempas mikrofon !!

Kita masih ingat lagi peristiwa kerusi terbang ke arah orang yang bertanya soalan Memali kepada Mahathir dalam forum nothing2hide (or something2hide?). Adakah bertanya soalan tentang Memali adalah dosa besar bagi pengikiut fanatik part sekular liberal?

Kita masih ingat lagi Program Dialog Anak Muda : Deklarasi Rakyat, Realiti atau fantas? pada 2 April 2016, seorang pemimpin yang kononnya hebat telah melarikan diri dari menjawab soalan CheguBard.

Maka tiada perbezaan antara penyokong fanatik Nazi dan penyokong fanatik Pakatan Tiada Harapan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails