Tuesday, March 27, 2018

Tahniah! Ini, Gambar Banjir K'tan Dapat RM31,160.46. Istanbul Photo Awards


GAMBAR yang dirakam jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Fathil Asri yang memenangi tempat pertama Istanbul Photo Awards 2018 bagi kategori 'Single Nature & Environment'. - Foto Fathil Asri 

JOM KREATIF

KOTA BHARU: Jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Fathil Asri, memenangi tempat pertama Istanbul Photo Awards 2018 bagi kategori 'Single Nature & Environment'.

Kemenangan itu membolehkan beliau, yang juga satu-satunya jurugambar dari Malaysia, membawa pulang hadiah wang tunai AS$8,000 (RM31,160.46).

Fathil, 44, berkata kejayaan itu adalah kemenangan kali ketiganya pada peringkat antarabangsa.

Beliau sebelum ini memenangi Pingat Emas pada WAN-IFRA Contest dan Pingat Perak pada China International Press Photo Awards pada 2009.

Fathil yang juga pernah memenangi Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) pada 2009, berkata beliau mengetahui berita baik itu daripada rakannya yang bertugas dengan AFP News Agency, kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Banjir Di Rantau Panjang
"Saya langsung tidak menjangkakan gambar pemandangan dari udara keadaan banjir di Rantau Panjang akan memenangi anugerah berkenaan memandangkan pertandingan itu menerima 37,000 gambar.
"Saya hanya mencuba nasib menghantar dua keping gambar terbaik, termasuk penduduk mengusung jenazah meredah banjir, yang masing-masing diambil pada Januari tahun lalu.
"Selain Istanbul Photo Awards 2018, saya juga menghantar gambar ke pertandingan World Press Photo dan Sony Photo Awards pada Disember tahun lalu, manakala Anugerah MPI Januari lalu.
"Namun tiada rezeki dari Sony Photo Awards, manakala dari World Press Photo dan MPI belum dapat keputusan lagi," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Istanbul Photo Awards adalah pertandingan fotografi antarabangsa anjuran Anadolu Agency, yang menerima 37,000 gambar setiap tahun dari 125 negara sejak 2015.
Fathil yang berpengalaman 26 tahun dan berkhidmat di NSTP Kelantan, berkata kemenangan itu membuktikan jurugambar dari Malaysia 'bukan katak di bawah tempurung', sebaliknya boleh menandingi jurugambar dari negara lain.
"Setiap tahun, saya akan cuba menghantar gambar di setiap pertandingan yang dianjurkan sama ada peringkat antarabangsa atau kebangsaan.
"Saya tidak akan pernah berputus asa mencuba mendapatkan gambar terbaik bagi menyertai mana-mana pertandingan.
"Saya harap rakyat Malaysia lain juga turut berusaha mendapatkan kejayaan seperti ini bagi menaikkan lagi nama negara ini kerana saya yakin jika kita berusaha, pasti akan menemui kejayaan," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang anda kreatif. Tahniah.
 Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

2 comments:

Anonymous said...

Gambar banjir di Penag tak menang bahana rumah terlajak diskaun sebab no Swimming pool

Anonymous said...


Gambar banjir di Kelantan memenangi award. Jika gambar banglo terlajak diskaun masuk pertandingan, award terus ke laut !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails