Saturday, March 31, 2018

“jika saya Tuhan” Hanipa Bertaubatlah.. -Nasihat Mufti Perlis.


KUALA LUMPUR – Tidak boleh seseorang Muslim berkata “jika saya Tuhan” dan perlu bertaubat selepas mengungkap perkataan seperti itu. 

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Muslim perlu berhati-hati dalam ungkapannya yang berkaitan dengan ketuhanan.

“Itu secara langsung dan tidak langsung merendah penciptaan Tuhan dan menafikan hikmah ciptaannya.

“Seakan apa yang Tuhan lakukan tidak tepat ataupun salah atau pun di sana ada cara yang lebih baik.

“Ini sangat bahaya kepada akidah yang mengungkapnya jika dia sedar apa yang diucapkan. Hendaklah dia bertaubat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan pemimpin Pakatan Harapan yang juga Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat semalam.
Hanipa dipetik berkata, beliau berasa geli mendengar pasal agama jika beliau Tuhan tidak akan menjadikan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), malah menghapuskannya.
Mohd. Asri bagaimanapun berkata, Tuhan mempunyai hikmat atas segala penciptaan dan akan mengadili segala kejadian dan peristiwa di dunia.
“Kerosakan dunia ini disebabkan tangan manusia bukan kerana kesilapan ciptaan Tuhan,” katanya.
Teguran Mohd. Asri keatas Hanipa itu bagaimanapun dikritik sebilangan netizen kerana dilihat sangat lembut dan manis, tidak seperti ketika beliau menyerang PAS.
“Alangkah indah dan manis cara dan nada Tuan Dr. menegur kali ini.
“Tiada melabel. Tiada kata-kata sinis. Tiada sindiran. Tiada kata-kata menyakitkan hati orang lain.
“Alangkah bagusnya andainya nada sebegini untuk tulisan-tulisan teguran lain kepada semua pihak,” kata netizen Afyan mat rawi. – MYNEWSHUB.CC
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

5 comments:

Anonymous said...

Bila bula Mufti Perlis masuk politik. Bodoh punya Azren

Anonymous said...

Yang lebih mudarat hanipah kerana terbukti dia yang cakap kita suruh dia taubat sebab dia islam dan mufti pun suruh dia taubat audio ciptaan husam fitnah dan husam pun dah kata tak pasti dengan audio tersebut. Azren matang lah dalam buat comen jangan nak jatuhkan kerajaan islam sanggup halalkan fitnah.

Anonymous said...

Aku ingatkan firaun je yg nak jadi tuhan,,rupanya pencacai babi dap pun nak jadi tuhan...babi sepang tak puas hati Allah swt malahirkan datuk rahim aziz lahir ke muka bumi ini...maknanya babi sepang tidak terima qado dan qadar Allah swt tu..elok sangat lah si babi ni keluar pas pun..syukur....

Anonymous said...

Mohammad azren fitnah tiada bukti kalau betul buktikan serah pada polis lapor pada sprm jng jaja fitnah dosa wahai tuan. Lge pun kami pas tak kata bersalah selagi tidak terbukti bersalah umno mca yg jaja tapi pas jugak dihentam difitnah dengan teruk dikelantan umno hentam pas pan hentam pas tapi pan lagi teruk fitnah pas ini yg buat pas rasa hairan sapa sebenar makan duit umno ????????????

Anonymous said...

Ni pun dah nampak kepanasan dari comen yg dia buat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails