Friday, March 30, 2018

Dia Sebagai Penasihat, Bukan Tukang Baca Doa. -Hanipa Maidin



Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata “kalau saya tuhan” ketika bertikam lidah dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan PAS di Dewan Rakyat semalam tidak dapat dinasihat, tak nak bertaubat walaupun dinasihat oleh Mufti Perlis.

Jadi sesiapa ternampak 2 orang penasihat agama PAN tolong tarik dan beritahu dia tugas dia sebagai penasihat bukan tukang baca doa. 



Tukang tampal poster pun bukan.

TOLONGLAH NASIHAT HANIPA TU DEMI ISLAM!!
JADI LAH TAMPAL POSTER BAGI ORANG LAIN BUAT!!


XOXO - Susah kalau parti Islam (Kalau ikut sebuat buku oleh penulis terkenal) pada kulitnya yang dihiasi warnai-warni wartawan dan penulis dengan sedikit imbuhan...
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

2 comments:

Anonymous said...

https://www.google.com/amp/s/www.ismaweb.net/2018/03/30/hanipa-maidin-langgar-garisan-sempadan/amp/

Hanipa Maidin langgar garisan sempadan

JIKA kita melihat dan meneliti siaran langsung perbahasan Parlimen petang semalam, Hanipa Maidin dalam satu pertelingkahan dengan Ahli Parlimen Baling, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan :

“Kalau saya tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Sudah lama saya hapuskan kamu. Sebab saya tak tuhan, maka tuhan jadikan kamu.”

Ungkapan ini memberikan makna seperti Hanipa Maidin lebih bijak daripada tuhan yang telah menciptakan seseorang itu yang dikatanya menyusahkan orang.

Kenyataan melampau ini sudah melanggar garis sempadan atas akibat terlalu taksubnya dengan politik kepartian meskipun telah diberikan teguran yang baik dari rakan-rakan parti komponen yang lain namun beliau tetap menunjukkan singkap bongkak dan enggan mendengar nasihat.

Bahkan lebih teruk lagi beliau terus mempertikaikan isu peribadi orang lain tanpa ada sikap rendah diri untuk mendengar nasihat yang jelas ada kebenaranya.

Apa sahaja teguran yang sampai kepada beliau, beliau terus membalas dengan cercaan dan herdikan yang merendahkan semua orang dan tiada siapa yang layak untuk menegurnya.

Ungkapan “kalau saya Tuhan” bukanlah satu pekara yang ringgan, main-main dan gurauan. Ia sudah melibatkan hal akidah secara tidak langsung. Mana mungkin manusia boleh menyamakan diri sendiri seperti Tuhan.



Apa yang lebih menarik untuk kita mengenali sosok tubuh ini, cerita semalam bukan cerita baru siapa sebenarnya diri beliau.

Beliau sebelum ini Hanipa pernah mempertahankan golongan Atheist dengan mencadangkan agar ateisme diiktiraf sebagai agama.

Beliau juga pernah mempertahankan Syiah dengan menyelar JAKIM agar fatwa tentang kesesatan Syiah dikaji semula.

Beliau juga pernah juga Hanipa memuji Al-Khomeini di dalam satu akhbar.

Beliau suka membuat bising dan kacau di parlimen untuk mempertahankan isu-isu yang tidak patut dipertahankannya.

Cukuplah sekadar itu sahaja cerita beliau untuk kita mengambil pengajaran betapa pentingnya untuk kita mengundi Calon Muslim Berwibawa.

Anonymous said...

Mari kita sama2 berdoa moga allah memberi hidayah pada beliau agar kembali kepada allah dan bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka. Pada mp2 muslim agar berhati2 dlm berbahas parlimen bukan kebal disisi allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails