Sunday, March 25, 2018

Calon PH Boleh Dibeli -Dr M.



Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengumumkan awal-awal calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berucap pada ‘Jelajah Selamatkan Malaysia’ di Felda Sungai Tengi di sini malam tadi, beliau berkata, langkah itu bertujuan mengelak calon PH ‘dibeli’ oleh Datuk Seri Najib Razak untuk mengalahkan PH.

“Najib tahu dia akan kalah dan dia akan guna duit begitu banyak untuk membeli calon Pakatan Harapan.

“Kita tahu kalau kita namakan calon hari ini, maka orang Najib akan datang menawarkan berjuta-juta ringgit supaya pada hari penamaan calon tidak datang mendaftar.

“Jadi kita akan kalah tanpa calon dan Najib akan menang,” katanya sambil mengakui PH berdepan masalah apabila pendaftarannya dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum diluluskan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, jika pendaftaran PH diluluskan, maka pada PRU14 nanti gabungan empat parti pembangkang itu akan menggunakan satu simbol bagi memudahkan orang ramai.

“Tapi dengan tidak memberitahu (sama ada pendaftaran PH dilulus atau tidak), maka PH sekarang ini terumbang-ambing. Tak tahu nak guna simbol PH atau simbol parti masing-masing.

“Empat parti menggunakan simbol berbeza akan mengelirukan rakyat. Sebab itu sekarang ini PH menggunakan empat simbol tetapi di atasnya diletak perkataan PH,” katanya.

Beliau yang akan dipilih sebagai Perdana Menteri jika PH menang PRU14 itu berkata, pegawai kerajaan dan pengundi tidak perlu takut untuk mengundi PH kerana Perdana Menteri tidak akan tahu.

“Pegawai kerajaan diberitahu supaya undi kerajaan.. jika tidak tindakan akan diambil ke atas mereka. Najib kata dia tahu siapa yang undi siapa… kononnya undi tidak rahsia.. Perdana Menteri boleh tahu.

“Ini satu pembohongan. Perdana Menteri tidak boleh tahu, tetapi ramai juga pegawai kerajaan dan orang ramai yang takut nak undi Pakatan Harapan… takut Najib ambil tindakan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Najib juga telah menipu masyarakat Felda apabila menjanjikan bahawa saham Felda Global Venture (FGV) akan naik sehingga RM10 sesaham, sedangkan harga sekarang ini adalah RM1.90.

“Najib meletakkan beban hutang yang besar kepada peneroka Felda. Kalau dulu peneroka tidak ada hutang, sekarang ini peneroka berhutang kadang-kadang sehingga RM100,000.

“Dia jual saham FGV dengan harga RM4.80 sesaham. Lepas itu dia bersyarah kepada peneroka dan menjanjikan harga saham ini akan naik RM10 sesaham… maka semua orang Felda akan jadi jutawan.

“Nak kena beli 100,000 saham baru boleh jadi jutawan.. berapa orang yang boleh beli sampai 100,000.. tetapi hari ini kita tahu jauh daripada mencapai harga RM10 harga saham itu jatuh dari RM4.80 sen tinggal RM1.90 sen.. bermakna bahawa pelabur Felda terutama mereka yang hutang bank untuk beli saham, mereka mengalami kerugian yang besar,” katanya.

XOXO - Rupanya paling Mahathir takut Najib banyak duit ialah beli calon HARAPAN bukan kerana nak bela rakyat...

Bandingkanlah perbedaan PAS dengan parti-parti lain di Malaysia..

FASAL 7, Perlembagaan PAS. Hukum dan Kekuasaan
Memperjuang 
  • Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK „ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan. 
  • Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK „ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan. 
  • Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat Agung PAS.

Benarkah kajian ini?
Hasil carian imej untuk kajian keputusan PRU14

UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

1 comment:

Anonymous said...

Suatu pengakuan jujur dari pengerusi pakatan pimpinan puak evangelis bahawa calon-calon pakatan boleh dibeli secara borong oleh pihak lawan.

Ini bererti pakatan tidak layak memerintah negara ini kerana wang dll boleh menyebabkan mereka menjadi pengkhianat. Bahkan mereka boleh menjual negara ini kerana wang.

Inilah akibat pakatan yang menganut ideologi sekularisme, liberalisme dan pluralisme dan menolak ajaran Islam.

Oleh sebab itu marilah kita semua umat Islam bersatu-padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang mempunyai rekod yang bersih dari rasuah dll.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails