Friday, December 15, 2017

Rasuah: G/Eng &Phang Li Koon Dikehendaki Bela Diri.


PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon perlu mengemukakan kenyataan bela diri masing-masing kepada pihak pendakwa sebelum bermulanya perbicaraan kes rasuah mereka di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara,Tun Md Raus Sharif, bagaimanapun berkata Lim dan wanita itu boleh mengemukakan kenyatan bela diri tambahan mereka semasa perbicaraan kerana Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 tidak menghalang pihak yang membela diri daripada mengemukakan dokumen tambahan semasa perbicaraan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Keterangan 1950.
Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan SPRM terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berkaitan Seksyen 62, yang memerlukan tertuduh mengemukakan kenyataan bela diri kepada pihak pendakwa sebelum bermulanya perbicaraan.
Md Raus juga memerintahkan perbicaraan di Mahkamah Tinggi diteruskan dan menetapkan 10 Jan sebagai tarikh pengurusan kes.
Beliau mendengar rayuan itu bersama-sama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop serta hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Azahar Mohamed.
Dalam keputusan sebulat suara itu, panel itu berpendapat Seksyen 62 adalah mengikut perlembagaan dan oleh itu mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa seksyen itu yang dibaca bersama-sama Seksyen 51A Kanun Aturcara Jenayah, adalah ulta vires terhadap Perkara 5(1), dibaca bersama-sama Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.
“Dengan hormat, kami tidak bersetuju, Seksyen 62 tidak menghalang pihak pembela daripada mengemukakan dokumen tambahan semasa perbicaraan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Keterangan.
“Seksyen 62 adalah bekaitan prosedur praperbicaraan berhubung penyerahan dokumen oleh pihak pembela kepada pihak pendakwa, bukan tentang kebolehterimaan keterangan. Ia tidak menghalang pihak pembela daripada mengemukakan dokumen tambahan semasa perbicaraan.
“Mengikut Seksyen 62, penyerahan dokumen perlu dibuat sebelum perbicaraan bermula . Oleh itu, kami membenarkan rayuan ini kerana kami berpendapat Seksyen 62 mematuhi perlembagaan. Kami mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan dan memerintahkan perbicaraan diteruskan,” katanya.
Panel itu juga mengembalikan perintah Mahkamah Tinggi bahawa penyerahan dokumen perlu dilakukan sebelum perbicaraan bermula .
Mahkamah membuat keputusan itu setelah mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud serta peguam Gobind Singh Deo, yang mewakil Lim, dan Datuk V.Sithambaram, yang mewakili Phang.
Pada 7 Ogos, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan Lim dan Phang terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang tidak membenarkan pemohonan mereka untuk mengisytiharkan Seksyen 62 tidak mengikut perlembagaan dan mengubah keputusan itu.
Seksyen 62 Akta SPRM menyebut bahawa setelah berlaku penyerahan dokumen menurut Seksyen Seksyen 51A Kanun Aturcara Jenayah, tertuduh dikehendaki, sebelum bermulanya perbicaraan, mengemukakan dokumen berikut kepada pihak pendakwa:
(a) satu kenyataan bela diri yang menyebut secara umum bentuk bela diri dan perkara di mana tertuduh mempunyai isu dengan pihak pendakwa dengan menyertakan sebabnya; dan
(b) satu salinan mana-mana dokumen yang akan diserahkan sebagai sebahagian daripada keterangan untuk tujuan membela diri.
Pada 30 Jun tahun lepas, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berkaitan penukaran status tanah daripada pertanian kepada tempat kediaman dan pembelian satu lot tanah serta banglo pada harga bawah nilai pasaran.
Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk mendapatkan keuntungan bagi diri sendiri dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan bagi menukar tanah pertanian kepada zon perumahan awam di barat daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Aras 28, Bangunan Komtar, George Town, pada 18 Julai, 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda hingga lima kali jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Lim menghadapi pertuduahan kedua iaitu menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan untuk dirinya satu lot tanah dan sebuah banglo di No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai, 2015 daripada Phang pada harga RM2.8 juta, harga yang beliau dakwa beliau tahu tidak sepadan dengan nilai pasaran hartanah berkenaan ketika itu iaitu RM4.27 juta.
Pertuduhan mengikut Sekseyn 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Phang mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan pada tarikh sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan itu, yang dibaca bersama-sama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

3 comments:

Puaka Rimba said...

Puaka Rimba tetap menegaskan tiada sesiapa yg mengatasi undang~undang. Jika terbukti bersalah wajar dihukum. Cuma sekadar bertanya pada Abang Lobai, adakah sistem itu berjalan dengan Adil lagi Saksama,atau sekadar usaha untuk menutup pekong yang berbau.Puaka Rimba pun hairan, mengapa golongan Lobai diam seribu bahasa,ibarat pasu dan bunga. Sedangkan kebobrokan bermain didepan mata, adakah dedak yg membuka selera, sehingga hilang dan tumpul deria rasa. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Buktikan Pemimpin PAS rasuah! Sekurang-kurangkan diseret ke mahkaamah seperti Lim Guan Eng dan Khir Toyo.

Memang begitulah dasar penjilat juboq tak basuh lg eng

Anonymous said...

Ha ha ha

Puaka Rimba jilat juboq g/eng dah tak berpuaka lagi.. bisu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails