Thursday, December 14, 2017

Larangan Wanita Bekerja Berhampiran Masjid Tiap Jumaat..


Wanita

MONTREAL – Menteri Buruh Quebec, Dominique Vien, menggesa siasatan dijalankan berhubung laporan wanita dilarang kerja di lokasi pembinaan kerja awam berhampiran masjid Montreal, pada setiap Jumaat.

Vien meminta Suruhanjaya Pembinaan wilayah itu menyiasat berikutan kenyataan pegawai dua syarikat kerja awam mengenai pengecualian tiga wanita daripada bekerja di lokasi yang berhampiran masjid di Montreal.
Jurucakap salah sebuah masjid berkenaan menafikan ada membuat permintaan seumpama itu dan berkata beliau hanya mengetahui perkara tersebut menerusi media.
Laporan TVA pada Selasa lalu menyebut konon pegawai dua buah masjid meminta pengurus salah satu syarikat menggantung kerja pembinaan, pada setiap Jumaat.
Apabila enggan berbuat demikian, mereka dilaporkan meminta larangan pekerja wanita pada Jumaat sebagai menghormati ramai jemaah lelaki hadir bersolat Jumaat.
“Permintaan masjid itu, jika disahkan, tidak boleh diterima sama sekali. Kesaksamaan antara lelaki dan wanita adalah hak asas. Hak bekerja adalah hak di Quebec;
“Wanita boleh bekerja di mana saja mereka mahu,” kata Vien dalam sidang akhbar tanpa mengulas kehadiran wanita mungkin ganggu jemaah lelaki bersolat. – AFP/BH ONLINE
Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails