Tentera Israel dalam satu kenyataan menyatakan mereka menyerang tiga fasiliti ketenteraan milik pejuang Hamas di lokasi berbeza di Semenanjung Gaza. 
“Fasiliti ketenteraan itu digunakan untuk latihan dan gudang simpanan senjata.
“Tindakan itu adalah respons kepada pelancaran roket ke arah kawasan Israel dari Semenanjung Gaza awal petang hari ini (semalam),” menurut kenyataan itu.
Satu sumber keselamatan Palestin menyatakan terdapat lebih 10 serangan ke atas lokasi sasaran termasuk sebuah tapak tentera laut Hamas dan pangkalan tentera berhampiran kem pelarian Shati di utara Gaza.
Sumber sama mengesahkan berlaku kero­sakan di tapak-tapak berkenaan termasuk kerosakan kecil rumah-rumah penduduk berdekatan serta menyebabkan kecederaan ringan terhadap penghuninya.
Setakat ini, tiada maklumat pengesahan mengenai kecederaan daripada Kementerian Kesihatan di Gaza.
Serangan berlaku dalam tempoh beberapa jam selepas sistem pertahanan misil Israel memintas dan memusnahkan dua roket yang dilancarkan dari Gaza.
Pihak tentera Israel juga mengumumkan penutupan laluan penghantaran barangan keperluan utama antara Gaza dan Israel sejak semalam disebabkan ‘soal keselamatan yang selari dengan penilaian sekuriti’.
Setakat ini, empat penduduk Gaza terbunuh dalam dua pertempuran di sepanjang kawasan sempadan, manakala dua pejuang Hamas terkorban dalam serangan udara Israel. – AFP
Lihat sebelum ini..