Zaira Wasim dilihat menangis dalam klip video yang dimuat naik di laman Instagramnya selepas turun dari sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Vistara. Dia mendakwa diserang oleh penumpang yang duduk di belakangnya.
Rakaman video itu mencetuskan kemarahan pengguna media sosial dengan ramai peminat meluahkan sokongan kepada aktres itu yang popular menerusi watak ahli gusti kanak-kanak dalam filem blockbuster Bollywood, Dangal dalam tahun 2016.“Dia berterusan menyiku bahu saya dan menggerakkan kakinya ke belakang dan leher saya,” kata Zaira dalam komen di Instagramnya.
Polis mengenal pasti lelaki itu sebagai Vikas Sachdeva dan akan mendakwanya kerana menyerang dengan berniat untuk mencabul. Media tempatan melapor­kan isterinya, Divya Sachdeva berkata, suaminya tidak bersalah dan dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis pengebumian.
Kata wanita itu lagi, suaminya tertidur semasa menaiki penerbangan dan menu­duh Zaira sengaja membuat tuduhan bagi mencari publisiti. – Reuters
Komen Webloh Ibnu Hasyim:  Perlukah pengasingan wanita-lelaki (dalam berbagai bentuk) dalam pesawat?

Lihat sebelum ini..