Thursday, December 14, 2017

Kuatkuasa Tutup Aurat Pramugari Segera. -Senator D/Hanafi Mamat


KOTA BHARU, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Penguatkuasaan pakaian menutup aurat pramugari di semua syarikat penerbangan Malaysia perlu dilaksanakan dengan segera.
Ini kerana, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, beliau percaya langkah itu akan memberi imej baik kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dipandang tinggi di seluruh dunia.
Malah, katanya, penguatkuasaan peraturan itu juga tidak akan menjejaskan imej dan perniagaan syarikat terbabit.
“Syarikat penerba­ngan adalah imej kita, tapi apabila pramugari berpakaian seksi dan tidak sopan, ini boleh memberi persepsi kepada pelanggan yang banyak menggunakan perkhidmatan penerbangan Malaysia ke negara ini.
Kita sudah melaksanakan pelbagai perkara berkaitan patuh syariah seperti memperkenalkan Bank Islam, perbadanan halal dan banyak lagi yang diikuti negara-negara Islam lain,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Terdahulu, Hanafi telah mencadangkan agar kerajaan memperkenal peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari di semua syarikat pe­nerbangan Malaysia.
Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Negara semalam.
Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails