Saturday, October 14, 2017

Ini, 10 Bukti DAP Tolak Islam..

Imej yang berkaitan



Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral 
APABILA
parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1:
Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2:
Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

Bukti 3
: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4:
DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5
: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6
: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7
: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8
: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10:
Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.


(http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/)


Lihat juga artikel ini...
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.


10 comments:

Tinta Mohd Yusri said...

Semua 10 konon fakta ne..telah di jawab oleh arwah tuan guru nik aziz pd ceramah umum tahun 2013 di kota bharu..
Bodoh punya penulis.. Tak buat kajian.

Anonymous said...

Setelah dikaji, maka perkara ini perlu diulang-ulang, kerana sibodoh macam October 14, 2017 at 5:01 PM dan spesis di atas, perlu dipahami betul-betul.

Kesian dia kerana perkara ini berkait dengan aqidah, jangan berjangkit pada orang lain.

Anonymous said...

Apakah anda sedang mengatakan Arwah TGNA seorang yabg bodoh kerana telah jawab atas tuduhan tersebut sebelum ini?

Anonymous said...

TG tak salah, kamu yang bodoh tak paham.
pegi belajar lagi.

Nobody said...

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Aku tengah fikir adalah parti AKP pimpinan Erdogan meletakkan Islam dalam perlembagaan parti???

Di bawah pemerintahan Erdogan, muslimah dibenarkan bertudung, sekolah-sekolah agama diwujudkan, ekonomi berkembang dan banyak syiar-syiar Islam ditegakkan. Apa perlembagaan parti AKP??? Sekular!!!

Islam bukan hanya apa yang ditulis, tindakan!!!

Dah tu, apa yang bodoh sangat cakap anti Islam??? Habis AKP dan Erdogan anti Islam ke???

Nobody said...

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

Apa undang-undang yang paling tinggi di dalam negara??? Perlembagaan!!! Perlembagaan parti boleh mengatasi perlembagaan negara ke???

Erdogan dan partinya AKP sekular, maksudnya mengundang individu tanpa kawalan agama ke???

Hujah bodoh apa macam ni???

Nobody said...

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

DAP jelah anti Islam, MCA, MIC dan pelbagai parti lagi tak anti Islam pulak???

Apa komen korang MCA kata DAP lelebihkan Melayu dan Islam dalam banyak perkara???

Kalau nak tuduh biar konsisten!!!

Sekarang mana undang-undang hudud tu??? Mana RUU355??? Hadi mana??? PAS tak anti Islam juga ke tak bentang-bentang RUU355 lagi???

Baik lagi UMNO, RUU 164 tak ada kecoh pun tau-tau dah lulus!!!!

Aku pun nak tuduh PAS anti Islam macam ni!!!

Nobody said...

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Kalau ikut apa yang Hadi bentang, kau ajar anak kau mengaji al-Quran pun boleh kena RM 100 ribu!!!

Baca kitab macam tabligh buat di masjid-masjid boleh kena sebat 100 kali!!!

Itu ajaran Islam ke???

Nobody said...

Yang lain aku komen kemudian. Nak tengok EPL sekejap.

Jangan nak jual agama sebab nak kuasalah!!!

Allah dah beri banyak tanda!!!

Doa PAN jahanam, PAS sendiri yang jahanam!!!

Kata DAPigs, PAS sendiri jadi PIGS (PAS+Ikatan=Gagasan Sejahtera)!!!

Baru Sudin Copong nak jual agama, terus kena kilat sampai rosak peralatan IT PAS!!!

PAS kutuk sana-sini LGBT, Kelantan sendiri kes HIV akibat gay meningkat!!!

Berapa banyak bala Allah lagi yang korang sanggup tanggung sampai korang sedar dan insaf???

Anonymous said...

Bila dah buat kenyataan bodoh dan fitnah maka terpaksa menolak soalan tanpa hujah. Sebab b8la nak fitnah kena tau fakta yang syahih. Arwah TGNA telah jelaskan tentang perkara-perkara fitnah yang diulang-ulang ini tapi anda masih ingin mengulang-ulangnya lagi. Maksudnya anda sedang menafikan kenyataan Arwah TGNA terdahulu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails