Friday, October 13, 2017

Anita Sarawak Menghilang, Kini Mula Dikesan. Akan Kembali Ke Spura?

Anita Sarawak, Suami Jual Kediaman Di Las Vegas?

HALAMAN HIBURAN

SUDAH lama kita tidak mendengar kisah diva pop Malaysia, Anita Sarawak yang pernah terkenal menerusi beberapa lagu hits seperti ‘Akhirnya, Kini Pasti’, ‘Seksis’, dan banyak lagi.

Sedar atau tidak, kehilangan Anita sudah agak makan tahun semenjak penyanyi ini ambil keputusan untuk menyepi daripada dunia seni tempatan pada 2013 sebelum dikhabarkan membawa diri ke Las Vegas, Amerika Syarikat.
Ekoran itu, semakin banyak spekulasi tentang kehilangan Anita mula menjadiviral menerusi laman sosial. Ada yang membuat andaian penyanyi berusia 65 tahun ini merajuk dengan pihak industri hiburan. 
Namun, misteri kehilangan Anita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohd Taib sedikit terungkai apabila baru-baru ini satu dokumen urusan jual beli rumah yang didakwa milik penyanyi itu tersebar di internet.
Perkara tersebut secara tidak langsung dilihat seolah-olah memberi sedikit ‘hint’kepada orang ramai tentang perkembangan terbaru anak kelahiran Kota Singapura ini.
Memetik sumber, Anita dan suami, Mohamad Mahathir Abdullah dikatakan telah jual kediaman mereka di Las Vegas dengan harga USD350 000 (RM1,475,600.00) kepada pasangan, Roselinda Cohen dan Lawrence Cohen sekitar 31 Julai lalu.
Susulan perkara itu, berita sama ada Anita dan suami membeli rumah baharu atau sudah tidak menetap di negara Uncle Sam tersebut masih belum dapat dipastikan.
Berdasarkan maklumat yang didapati daripada akaun LinkedIn milik Mahathir, beliau masih lagi bekerja di sekitar Las Vegas.
Memetik laporan beberapa portal, sebelum ini Anita dilaporkan sudah lama mendiamkan diri dan memutuskan hubungan dengan keluarganya di tanah air.
Malah ucapan selamat hari lahir yang dihantar oleh adiknya, Noorkumalasari sendiri menerusi aplikasi WhatsApp pun tidak dibalas oleh Anita.
Noorkumalasari 
Anita Sarawak merupakan anak kepada pasangan biduanita filem Melayu klasik, allahyarham Siput Sarawak dan S Roomai Noor.
Penyanyi ini cukup terkenal sebelum ini dengan begitu aktif membuat persembahan di Las Vegas dan beberapa bandar di AS sekitar tahun 1985 hingga 2001.

Namun identiti Islamnya, nampaknya tetap masih tidak hilang...
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails